..::beRsaMaKu::..

Monday, November 21, 2011

aku..dia..dan phD..

assalamualaikum...

dah lama tak meluahkan rasa kat blog ni...rindu mmg rindu...september ada jugak satu entri..oktober langsung sepi tanpa cerita...kisahnya banyak...cuma penceritaan yg semakin kurang menjadi dek kerana kepenatan badan dan emosi...hehe..

baiklah....sekarang ni nk citer tentang aku....
aku seorang yang terlalu optimis memandang cita-cita..
pada aku..cita-cita aku sejak tingkatan empat dulu harus aku laksanakan...
mana  taknya..ditepi pantai suatu petang yang indah..
ustaz minta aku senaraikan cita-cita aku....
dan Alhamdulillah..setakat hari ni...Allah kabulkan impian aku..
termasuklah yang terkini mendapat ijazah sarjana pendidikan...
termasuklah juga menjadi guru bahasa arab...
termasuklah juga mempunyai sebuah rumah dan kereta...
termasuklah semuanya yang aku punyai sekarang ni...

dia....
dia aku kenal tak lama...
dua minggu sebelum aku bertukar...org beri no phone aku pd dia..
sekali je bercakap melalui handphone..
selebihnya hanya sms menghubungkan kami..
dan akhirnya...
terputus di tengah jalan..
entah apa silapnya...entah kat mana 'slack' nyer..
aku dengan selamba membiarkan situasi berlalu begitu sahaja

tapi tak siapa menduga..dia hadir kembali dlm hidup aku...
dan membuka ruang yang lebih dekat antara kami..
setelah semuanya bersetuju..
Alhamdulillah...bertunang sudah aku dengan dia
tanggal 2.10.2011 aku sah menjadi tunang dia..
walaupun aku  tengah berhimpit perasaan pada ketika itu..
kenapa??

kerana...phD...
sebetulnya...soal kahwin aku sendiri tak pernah terfikir..
apatah lagi tengah gila mellihat kawan2 sebaya menyambung pengajian peringkat phD...
lalu aku hanya ingin menggapai cita-cita aku yang satu itu..
sejak dia kembali dalam hidup aku..
aku seolah tersepit...sambung phD..atau bersama dengan dia..
org kata.dah kawin pun boleh buat phD...
tp memandangkan dia dah ada anak yg bersekolah..
(opsss...tunang aku duda kematian isteri sejak 4 thn lalu..)
aku kena ambil kira semua tu...

tapi...
phD tetap akan jadi mimpi aku..
yang akan aku terjemahkan pd kenyataan satu hari nanti..
sempatlah aku kumpul-kumpul duit n buat target lain pulak dulu sementara tu..
mungkin Allah telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk aku..
sebab aku hanya bercita-cita dan merancang..
tapi semuanya Allah yang tentukan...
so..aku redha je lah dulu buat masa ni..
semoga peluang untuk phD tu sampai jugak buat aku
satu masa nanti..

kat sini jugak nk beritahu..
insyaallah 4.12 ni aku akan melangsungkan perkahwinan dengan dia..
terus dpt anak 4...semua dh besar-besar n faham bahasa melayu..keh keh keh..
maka selamatlah anak tekak aku ni dr terjerit-jerit mcm kat sekolah tu kan..

apapun...
kenyataannya..aku..tetap optimis dengan cita-cita aku...tanpa mengabaikan dia..dan phD tetap akan aku genggam satu hari nanti...insyaallah..

Tuesday, September 20, 2011

cinta aku ep.1

Assalamualaikum...

Cinta itu mendatangi aku dengan tiba-tiba..tanpa aku duga..ia hadir sekelip mata...tanpa aku pinta...tanpa aku sedar...saat aku berperang dengan perasaan menyambung pengajian dan bertukar kerjaya....aaahhhhhhh..sungguh saat mulanya aku pening kepala....

namun....akhirnya aku redha...aku sedar semua ini adalah perancangan Yang Maha Esa...Alhamdulillah..semua bergembira dengan keputusan yang aku ambil dan calon yang menjelmakan diri depan mata...Alhamdulillah Ya Allah...

aku dan dia diperkenalkan melalu sms dua minggu sebelum aku bertukar tempat kerja...dan sebulan setengah selepas itu kami terputus hubungan..puncanya???dia kemalangan (tetapi tiada apa-apa kecederaan padanya) dan handsetnya telah hancur...aku??tahu akan kemalangan itu...dan ditawarkan untuk menghubunginya..tapi jawabku hanya satu.."aaaaa..malas la....kalau dia betul2 nak kat aku nanti..pandaila dia cari semula.."

begitulah seterusnya....aku hanya meneruskan rutin harianku seperti biasa....

sehinggalah pada satu petang sebelum hari raya...ku terima sms ucapan selamat hari raya tanpa nama...aku??membalasnya hanya sebaris kata...tiada langsung ucapan maaf dariku untuknya..sebab aku sendiri tidak tahu ianya dari siapa...(kejam jugak aku ni rupanya...)

hinggalah pada petang raya pertama aku dikejutkan dari tidur oleh panggilan telefon daripada kakak yang memperkenalkan aku dan dia..kakak itu ingin berhari raya di rumah aku dengan suaminya...tiba2!!!!dan aku rasa ada sesuatu yangpelik disitu....tapi jawabku hanya satu..."saya keluar malam ni kak...nak beli barang..esok nak balik kampung meminang untuk adik lelaki saya..apa-apa saya jadi keluar ke tak saya beritahu semula.."

memang sampai sudah aku tak cakap apa-apa...

esoknya...dalam perjalanan ke kelantan..aku belek2 sms dalam telefon....tiba2 terpanggil untuk bertanya siapakah empunya diri yang menghantar smsm tanpa nama padaku tempohari...

dan aku????sungguh terkejut kerana org itu adalah dia..alahaiiii....sabar je lah masa tu...sms berbalas sms...tapi tiada satu pun yang berbaur "ayat-ayat cinta"!!!....sepanjang di kelantan...kami berbalas sms...tak banyak..sekali sms..adala 4 ke 5 kali...dan lepas tu..diam je la...

hinggalah hari perjalanan balik ke kuantan...aku masih sms lagi dengan dia...sampai malam..(mujurnya bukan aku yang memandu...syok la ber'sms' kan...)...masih lagi tiada tanda2 dia mengurat..ahaksss....tapi?????
aku tak sangka....perasaan yang datang sepantas kilat di dalam hati aku..."aku suka pada dia"....entah kenapa..entah bagaimana..aku sendiri tak pasti....perasaan tu hanya datang sekali masa tu dan ianya betul2 menusuk jantung aku.....

masih lagi aku berlagak selamba walau dalam hati meronta-ronta nak tahu apa perasaan dia juga...ehehe...

esoknya...hutan lipur sungai lembing aku jelajah dengan 4x4 bersama emak,adik,abang,dan sepupu2...buat apa??memamcinng dan mandi sungai!!!sungguh seronok berada di dalam hutan tanpa gangguan telefon hari tu.....

dia???perasaan aku???entah.....aku dah tak fikir apa masa tu.................................

(sambungan di episod akan datang....)


Thursday, August 18, 2011

ramadhan terakhir buatnya...

dua bulan yang lalu...saya bertandang ke rumahnya setelah sekian lama tidak menjenguknya...itupun kerana saya bermimpi tentangnya.....dan ternyata dia memang tidak sihat dan kerap demam selsema...saya beritahu semua adik-adik yang jauh dan dekat..baliklah menjenguknya...Alhamdulillah semua pergi menjenguknya....

kemudian saya bertandang lagi...seingat saya sebelum cuti sekolah pertengahan tahun..menyatakan padanya kami akan mengadakan kenduri kesyukuran di rumah dan saya telah berjanji untuk menjemputnya..paling tidakpun menghantar sajian yang akan disediakan....

tetapi pada hari kejadian kenduri...saya sibuk dengan kerja-kerja yang terlalu banyak...menguruskan kenduri dan melayani tetamu yang datang..dalam hati ni terdekit juga untuk pergi ke rumahnya...tapi...'ahhh,,tak apa lah kot..nanti lah lain kali je pergi...'

satu hari saya dapat panggilan telefon dari anak tirinya mengatakan yang dia tidak sihat dan dia menyebut-nyebut yang saya akan mengambil dia ke kenduri kesyukuran tempohari..."maaflah kak...bukan saya tak nak pergi..tapi sejak lepas kenduri hari tu saya sibuk sangat nak tanda kertas periksa budak..nak masuk markah lagi...nantilah saya pergi..terima kasih sebab bagitahu.."..padahal boleh je saya nak pergi berjumpa dengannya..cuma penyakit malas saya tu dan perasaan bahawa 'takkan ada apa-apa kot pada dia..'...saya terus leka...

sejak hari tu dan selepas hari itu...saya memang betul-betul sibuk....bulan julai adalah masa saya yang tidak banyak saya berada dirumah....banyak saya keluar dari sekolah untuk urusan di luar....yang paling lama ialah membawa pelajar ke program kebangsaan di Perak....

semasa di sana....satu lagi panggilan saya terima pada hari kedua mengatakan bahawa dia dah tak boleh bangun dan duk sebut-sebut dan berjumpa dengan anak perempuan sulungya (anak dia dengan isteri sebelum mak saya) yang berada di kelantan dan semua anak-anaknya yang lain serta adik beradiknya yang masih ada..titisan jernih mengalir seketika di pipi saya...saya menghubungi adiknya di kelantan dan memaklumkan perkara tersebut..pakcik saya (satu-satunya adik lelaki dia)...memang sibuk pada ketika itu....

selang sehari...satu lagi panggilan mengatakan bahawa dia sudah agak teruk...saya masih lagi di Perak...lantas sekali lagi saya membuat panggilan yang banyak..kepada pakcik saya...kepada adik saya meminta dia melihat keadaan dia dan membawanya ke hospital kiranya perlu....tapi......dia enggan pergi ke hospital pada masa itu...

kembalinya saya dari Perak....saya mula sakit kaki..kaki saya membengkak dengan jayanya hingga memaksa saya menuju wad kecemasan di HTAA...setelah ujian darah dan air kencing dilakukan...saya tidak apa-apa kata doktor....esoknya saya perlu ke HTAA lagi untuk ujian darah lagi bagi tujuan berjumpa dengan pakar pula....dan seterusnya...saya makin sibuk dan semakin sibuk!!!!!!di tambah dengan keadaan diri yang tidak sihat....saya langsung tidak menjenguknya...

sehinggalah satu hari saya mendapat panggilan lagi sekali dari anak tirinya....terus saya kesana menjenguknya...ternyata dia terbaring tidak bermaya tanpa makan apa-apa...minum pun akan keluar semula...sekali lagi saya memaklumkan perkara tersebut kepada adiknya di kelantan....dia akan menguruskan kakak saya ke sini...

hari khamis...(dua minggu sebelum puasa)....kakak saya sampai dari kelantan...saya membawanya berjumpa dengan dia......dan kami pulang semula....sejak itu kakak saya itulah yang menjaga dan merawatnya...sehinggalah kami berjaya mengangkatnya ke ruang tamu yang agak luas keadaanya berbanding dengan bilik yang didiaminya...adiknya pun datang sama..ternyata airmata tidak mampu dia tahan..pertama kali itulah saya lihat pakcik saya menitiskan airmatanya...sebelum dia meneruskan perjalanan ke KL...dia mencium saya...saya tahu ada hiba di hatinya...

hari ahad...darah keluar daru mulutnya...saya menelefon ambulan...dan ambulan mengambilnya...setelah 5 kali percubaan memasukkan jarum untuk memasukkan air..masih gagal...doktor menyuruh kami membawanya pulang semula...'nak mati dah ke ..air pun tak nak masuk'...kata dia.....dia masih menanya-nanya kakak saya adakah saya telah dimaklumkan tentang kedatangan dia ke klinik kesihatan tersebut.....saya bergegas ke klinik dan ternyata dia sudah tidak mengingati saya dengan pantas...adiknya di kelantan saya maklumkan lagi sekali......

sejak hari itu saya menjenguknya boleh dikatakan setiap hari....kaki saya bertambah sakit...terasa seperti mahu putus segala urat saraf....mujurlah ada kakak yang menemani isterinya di sana...sekurang-kurangnya saya boleh menanyakan khabar bila waktu pagi...

seorang demi seorang adik beradiknya datang menziarahinya....dan sayalah tukang penunjuk jalan kepada mereka.....satu malam....saya tidur di rumahnya...dia terjaga dan meminta saya memusingkan arah tempat dia berbaring...tetapi saya tidak lagi mengalihnya...dia banyak bercakap dengan saya malam itu walaupun dia sendiri lemah dan tidak bemaya....suaranya tidak berapa jelas...

ramai orang yang sudah tidak dikenalinya...saya perhatikan hidungnya membengkok...telinganya telah mula rapat ke tepi muka....saya tahu dia semakin lemah tidak bermaya...malam itu dia tidur dengan kedua tangannya memegang erat tangan saya...sungguh sayu rasanya...

hari minggu berikutnya...kami di datangi oleh seorang teman lamanya....beliau menyatakan bahawa kemungkinan ada 'belaan ayah saya' masih ada bersamanya....petang itu yasin kami bacakan dan air yasin kami sapukan padanya dan beri minum untuknya...

pagi isnin hari pertama puasa.....kakak saya memberitahu bahawa dia seolah-olah lain macam dan gelisah tak tentu hala...lalu saya dan kak long pula mencari-cari orang yang boleh merawatnya,,,dan Alhamdulillah kami temui orangnya...

usai terawih malam itu...kami kerumahnya...dan dengan bacaan ayat-ayat suci oleh pakcik tersebut...telah berjaya mengeluarkan benda itu dari badannya...terlanjur bercerita..kakak saya mengatakan kepada pakcik itu bahawa sejak saya menguruskan dia...saya telah sakit kaki yang tidak tertanggung sakitnya,...lantas saya pula yang berubat pada malam itu..kata pakcik itu..benda itu mahu duduk dalam badan saya...

macam-macam perasaan ada dalam hati saya...sedih...geram..benci..merajuk....semua ada...saya sudah malas mengambil tahu tentangnya sejak itu...hanya menelefon...saya tidak menjenguknya..sehinggalah satu hari rabu kakak saya yang menjaganya menyatakan perlu pulang ke kelantan atas urusan penting dan meminta saya mengambilnya....

khamis petang esoknya saya ke sana...tetapi...saya tidak menjenguknya walau sekejap..."saya takut" sebenarnya...

sejak itu saya tidak mendengar khabar darinya...kakak saya itu pula mengambil telefon bimbitnya...terdetik juga di hati saya..bagaimana anak tiri dia mahu menelefon saya kalau ada apa-apa sebab semua nombor telefon ada di dalam telefon tersebut..tapi...suara seakan terkunci....lalu tiket ke kelantan saya belikan buat kakak saya...dia akan balik ke kelantan pada pukul 1 pagi hari sabtu...

jumaat itu..sekembalinya saya ke rumah...terasa seolah lemah dan tidak bemaya....lalu satu badann saya sapukan air..dan saya hanya mampu berbaring tanpa sebarang kerja......sehinggalah waktu berbuka....selesai solat....saya masih lagi lemah....dan bisanya badan saya hanya Allah yang tahu...sakitnya sangat luar biasa...akhirnya saya tertidur di tengah-tengah ruang tamu rumah kak long...urusan menghantar kakak saya ke terminal makmur dilakukan oleh adik saya....

tepat 2.45 pagi...saya terjaga kerana panggilan telefon kakak saya dari dalam bas  yang menyatakan dia sudah pergi buat selama-lamanya....Innalillahiwainna ilaihi rajiun....tiada setitis air mata saya jatuh pada ketika itu..lantas saya hubungi adik beradiknya di kelantan memaklumkan tentang itu..kakak saya yang dalam perjalanan itu akan kembali semula dengan pakcik saya yang akan datang dari kelantan......

akhirnya dia pergi juga.....dan kali terakhir saya melihatnya dan bersalam dengannya adalah seminggu sebelum itu...seminggu sebelum itu dia meminta labu...saya mencarikan labu untuknya...ternyata bila telah siap di masak...dia tidak mahu pula memakannya...dan....kini...dia telah pergi..

ramadhan tahun lalu adalah yang terakhir buatnya....kerana ramadhan kali ini dia tidak mampu lagi untuk berpuasa....dan tahun ini juga saya tidak lagi menziarahinya di hari raya....cuma menziarahi pusaranya sahaja..tiada lagi salaman memohon kemaafan darinya (kami yang telah ditinggalkan olehnya tanpa sebarang khabar berita sejak sekian lama...)...

ya Allah...tempatkanlah dia dalam kalangan hambaMU yang soleh dan beriman...Amin..

tutup blog ke?

Assalamualaikum...

sekian lama tak menulis dalam blog ni...sepanjang bulan 7 memang sibuk dan sentiasa terkejar-kejar menjalankan tugasan sekolah dan tugasan luar...boleh dikatakan sepanjang bulan 7..berapa hari je yang betul-betul ke sekolah untuk tugas pengajaran dan pembelajaran..selebihnya berada di luar...

nak menulis dalam blog pun seakan mati kata...mati rasa...terasa banyak yang yang nk dicerita...tapi jari jemari ni tak lincah seperti biasa..seperti mula-mula mewujudkan blog ni...hmmm....

sejak habis pengajian sarjana....buka ferrari ni pun dah liat je....kalau buka pun...jenguk fb...pastu tak tau nak jenguk apa...duk layan movie korea je la kerjanya....status fb pun dah tak berapa membina je rasanya...

nak tutup ke blog ni??ke nak biarkan ia terus sepi...tunggu bila ada masa dan mood..baru buat semula...
.
.
.
.
atau....
.
.
.
.
.
atau....
.
.
.
.
.
.
kne renovate blog ni biar tampak ceria supaya boleh kembali menulis???

Thursday, July 7, 2011

Musafir Cinta-01

' Bila la kau nak kawin yer...umur dah meningkat...nak kata tak de kerja..kau berkerjaya..apa lagi yang kau tunggu ni??'
' Ntah la...tunggu putera katak jadi manusia kot..hehe'
' Haaa...bagus lah tu...eh mekkk...zaman sekarang takde putera-putera katak dah...kau tak payah nak berangan jauh-jauh la...berangan tak abis-abis'
' ala mak ni...rileks la mak...bukan orang tak nak kawin pun...kawin tu yang tak nak kat orang..haha'
' budak ni karang...ada nak kena mandi sup panas ni..'

Macam tu la selalunya perbualan Tini dengan makcik Fatimah.  Ada saja alasan yang diberikan.  Bukannya nak menjawab dengan penuh serius.  Baginya, soal cinta terlalu sukar untuk dibicarakan.

Bukan tidak mahu berkeluarga.  Bahkan hatinya sering mengharapkan hadirnya seseorang disisi buat menemani hari tuanya nanti.  Sungguh cemburu melihat teman-teman yang punyai suami dan anak-anak yang semakin membesar dan penuh dengan beribu persoalan dan kenakalan.  Bukan tidak mahu...tetapi sering dirinya mengenangkan kisah cintanya yang beberapa kali gagal.  Itulah yang menyebabkan dia tidak mahu membicarakan perihal cinta dan memiliki keluarga.

(bersambung..)

Tuesday, July 5, 2011

kadang kita menangis...

kadang kita menangis...
menangis sendirian...tanpa ada yang tahu...
hanya kita dan airmata yang mengetahui..
setiap tangisan yang jatuh kepipi...

namun ada jua  tangisan yang terlihat
oleh manusia lain..
sekeliling kita..
lalu tangisan itu dikongsi..
secara tidak tersengaja...

aku dan airmata...
umpama laut dan pantai...
sentiasa bersama...
umpama bulan dan matahari..
sering bertukar ganti...

ada airmata duka...
ada airmata gembira...
aku menangis hiba..
bila merasa diri ini sungguh tidak berguna..
aku menangis dan menangis..
jauh di dalam hati..

walau aku tersenyum dan ketawa...
aku sebenarnya menangis...
semakin banyak aku sedang ketawa dan gembira...
semakin banyak aku sedang menangis jauh di dalam sana...

namun aku bersyukur..
ada yang terkadang mengerti tangisan ini..
sungguh benar...
ALLAH tidak akan membiarkan hambaNYA sendiri..
di datangkan pada kita teman...
buat pengubat jiwa..
di kurniakan kita kalamNYA..
buat peneman setia..

cuma kita kadang terlupa...
oleh kalamNYA yang bermakna...
dan akhirnya...
kita menangis dan terus menangis..
tanpa kita sedar...
kita ada DIA...

Monday, July 4, 2011

setelah sekian lama..

setelah sekian lama..aku tak update blog ni...ada dua jawapan je pada semua ni..(ader ke yg nak tau yer..:P)...pertama is aku sibuk...dan kedua is...aku tak tau mcm mana nak tulis apa yang ada dalam minda dan hati aku sejak beberapa ketika..

sibuk kenapa???
sibuk nk konvo..
Alhamdulillah...konvo jugak aku..
dan Alhamdulillah...aku berjaya menghabiskan pengajian master dalam masa dua tahun...

dan sekarang...
kesihatan tak begitu menggembirakan aku..
sejak lepas cuti....aku jatuh 9 anak tangga kat sekolah...
dan sejak itulah keadaan aku semakin tak berapa sihat
even sejak dulu memang aku terasa sakitnya..
tapi sejak jatuh,..kesakitan itu seolah semakin bertambah dan semakin pelbagai dari hari ke hari..
susah hati aku dibuatnya..

paling terkini ialah satu malam dalam kira2 pukul 2 pagi....
kaki dan tangan aku membengkak....
sakitnya tak boleh berpijak hanya Allah yang tahu...
sejak itu....bila2 aje kaki aku akan membengkak...
dan kasut yang aku pakai akan jadi kecik serta merta...huhuh..

sejak hari itu juga...pinggang dan belakang sebelah kiri aku sakit..
...susah untuk aku luahkan dengan kata-kata ataupun tulisan tentang ni..

doktor klinik swasta dah beri reference letter...rujuk mopd htaa..
tapi aku tak pergi...dah seminggu surat tu aku simpan..

dan malam ni...lagi sekali...
bermula dengan rasa kebas sebelah kiri kaki aku..
diikuti dengan sakit pinggang yang amat serta belakang sebelah kiri..
kemudian....sebelah kiri badan aku ketika dan saat ini adalah lembab..
dan sebelah kanan aku adalah kering....
dan aku baru perasan yang aku telah membuang air kecil dengan begitu kerap hari ini..
walaupun sejak sampai dr Kl tghari tadi tidak banyak air yang aku minum...

dan malam ni...dengan nekad aku buat keputusan untuk ke mopd esok hari...

kadang2..apa yang kita takutkan betul2 berlaku...
dan aku adalah dikalangan mereka yang takut untuk mendengar kebenaran..
tetapi aku ingin sekali mendengar kebenaran itu
dengan harapan kebenaran yang aku dengar adalah kebenaran yang baik..
namun..berapa peratus sangat kebenaran tu akan selamanya baik dan manis..

kata orang...kebenaran itu pahit..
walaupun begitu..pahit akan harus ditelan jua..
dan aku masih berharap..
semoga pahit itu akan manis jua akhirnya...

Wednesday, May 25, 2011

sejak sekian lama..

Assalamualaikum ...

sejak sekian lama aku tak meng'update' belog ini.....hari ni aku gagahkan jugak jari jemari menaip entri...sambil2 tunggu budak exam ni....huhu

sebenarnya bukan aku tak mau update blog aku ni....

jawapan pertama...aku bizi sampai nk jenguk blog pun tak sempat...

jawapan kedua...byk yg aku tak terluah dengan kata-kata....sekadar bermonolog sendiri dari dalam hati...kekeringan idea kot..

haaa....tapi ni aku nak share some gud news :-

ahad ni..29/5 kat umah aku ade kenduri besar-besaran..bukan kenduri kawen sape2 atau tunang sape2...cuma kenduri kesyukuran je...insyaallah 2 ekor lembu akan ditumbangkan bagi tujuan tersebut..

dan lagi satu gud news nyer ialah...pada tarikh 18/6 ni maka...acara penuh gemilang bagi aku..jeng jeng jeng..aper yer...perkahwinan aku setelah 2 tahun bertunang...majlis tu kat dewan merdeka pwtc...insyaallah aku harap semuanya akan berjalan lancar nti....

tu je la aku nk citer pg ni...nti2 la pulak aku citer yg lain...huhu

sempena hari takde air seluruh kuantan ni..aku mendoakan semoga warga kuantan semuanya bersabar dan boleh menjalani kehidupan masing2 dengan aman dan selamat....sama2 la kita berdoa air tu cepat2 la adernyer...aku pun risau jugak ni sebab ahad ni kenduri...

Wednesday, May 11, 2011

siapalah aku..

siapalah aku untuk aku luahkan semua rasa ini...namun air mata ini takkan pernah berhenti mengalir...takkan jemu mengubati lara hatiku....akhirnya aku luahkan jua ianya disini...

mungkin...pada kamu aku tak berhak berkata begitu dan begini...namun siapalah aku untuk menghalang kamu mengatakan semua itu....

aku tidak punya siapa-siapa di dunia ini..melainkan ibu yang tercinta....adik beradik ramai...tapi semuanya punyai urusan mereka sendiri...ahhhh...adakah aku sedang dalam dilema wanita berusia yang masih bersendiri tanpa suami dan anak-anak disisi????puas aku fikirkan jawapan...namun...aku sedar...semua ini bukan kuasa aku sendiri..tapi kuasa ILAHI...dia yang Maha Mengetahui...

siapalah aku..menumpang teduhan kasih...seorang anak kecil...bukan aku mahu mengambil yang bukan kepunyaanku...aku hanya mahu menumpang suka dan dukanya...salah kah aku??tak berhakkah aku untuk merasai semua itu..sungguhpun dia bukan milikku.....

yang aku tahu..aku terlalu sayangkannya....dan dengan kata-katamu tempohari....aku amat terluka sebenarnya...terasa seolah kebahagian dan kegembiraanku direnggut tanpa ihsan...aku tidak mengharapkan balasan dunia...cukuplah aku boleh mangasihinya tanpa ditentang sesiapa...

namun...sekiranya semua itu salah bagimu....begitupun aku redha....walau airmata ini terus mengalir jua...aku redhakan semuanya....kerna sekembalinya aku sedar...dia bukan milikku sepenuhnya..

dan ketahuilah...tika dan saat ini..aku sedang berjauh hati.....sering kupanjatkan doa pada ILAHI agar aku bisa pergi sejauh mungkin..dan melalui kehidupanku sendiri....tanpa siapa-siapa yang aku sayang berada disisi..biarlah sayang buat mereka itu hanya tersimpan di dalam hati.....sungguh aku terluka....

apakah aku tidak layak...tersenyum dan tertawa....gembira dan bahagia..dengan senyuman dan secebis kasih dari nya yang tak kenal erti sengketa atau apa-apa melainkan kasih dan sayang dan tempat bermanja...

Allah...
andai kebahagian bersama dia bukan milikku..
kau tabahkanlah hatiku menempuh semua ini...
kuatkanlah semangatku untuk melalui hari-hari mendatang...
penuhkanlah hatiku dengan kasih dan sayang...
jauhkanlah dendam dan lara di hatiku ini...
sejauh terbit dan terbenamnya matahari di dunia ini..

Allah....
peliharalah dia..dimana dia berada...
hanya Kau yang Maha Mengetahui..
betapa tulus kasihku padanya yang tak pernah mengerti...
bahagiakanlah dia...sihatkanlah dia....cerdikkanlah dia..
kerana semua kebaikan yang telah Kau ciptakan untuknya..
adalah kebahagiaan dan kegembiraan buatku selamanya...

Saturday, April 16, 2011

syair permintaan

Assalamualaikum...

lama betul tak update blog...
byk faktor yang menyumbang kepada ketidakaktifan meng'update' blog...huhu

kali ni just nak share satu syair yang telah dicipta atas permintaan seorang kawan terbaik...syair  tentang ibu untuk pertandingan syair budak2 kelas dia minggu depan..inilah dianya..tidaklah puitis mana...tapi rasanya cukup mudah utntuk difahami oleh murid2 sebaya anak muridnya..insyaallah..

tersebutlah kisah seorang wanita
dipanggil umi,ibu dan mama
jasanya tida pernah terkira
membesarkan kita hingga dewasa

sabarnya ibu..menjaga kita..
mengasuh kita sepenuh rela..
siang dan malam sanggup berjaga
demi anaknya yang amat dicinta

tabahnya ibu..mendidik kita
mengajar kita alif ba dan ta..
biar dirinya tidak terjaga
demi kejayaan anak tercinta

sampai masanya..kita berjaya
ibu gembira tiada terkata..
dengan kejayaan anak tercinta
hilanglah segala duka sengsara..

namun anak..semakin dewasa
ibu ditinggal disayang  tiada...
sunyinya ibu..tidak terkira
menanti anaknya tak kunjung tiba..

apakah kita..sudah terlupa..
jasa ibu kepada kita..
dialah ibu seorang sahaja
yang kita punya...tiada gantinya..

sayanglah ibu selagi ada..
kasihlah ibu selama-lama
berbuat baiklah kepadanya..
itulah ia kunci kesyurga..

wahai rakan-rakan semua
marilah kita bersama berdoa
semoga Allah merahmatinya...
jauhkan dia dari bencana
tempatkan dia didalam syurga

Thursday, April 7, 2011

dalam hati ada....

Assalamualaikum...

Selamat pagi....walaupun lagi 4 minit nk tengahari tp still valid lagi kan ucapan tu..hehe...

dah lama tak meluahkan rasa cetusan hati..fikiran di minda......hari ni nak cerita tentang dalam hati ada ...ada ape yer...selalunya yang paling glamer org akan sebut "dalam hati ada taman"...bila dah sebut dalam hati ada taman tu menas seseorang tu sedang berbahagia dan selalunya berbahagia dengan orang yang tersayang lah kan..majoritinya begitu..

tapi ada jugak yang dalam hati ada taman ni bukan gembira dgn org yang tersayang semata-mata...ada jugak yang gembira dengan pencapaian dan lain-lain lagi la jenis kegembiraan yang ada dalam dunia ni...

aku pun hari ni dalam hati ada taman...even hari-hari ada taman dalam hati aku ni...opsssssss...bukan la aku nak bgtau kat sini yang aku dah ada seseorang di dalam hati...TAKKK...bukan...aku masih lagi sendiri...dan oleh sebab itulah hari-hari aku ada taman dalam hati...sebab aku enjoy apa yang aku buat seharian...

tapi....sejak dua minggu ni dalam hati aku ni bukan setakat ada taman..tapi dah ada macam-macam.."DALAM HATI ADA MACAM-MACAM"......ahhhhh sudahhhh...ape pulak kali ni kan...hehe..

dalam hati ada kilat...eh..boleh ke yer...boleh la kot...sebab aku skang ni...tgh berdebar macam-macam hal..12/4 ni appointment aku yang pertama untuk tahu result sample bengkak dalam rahim yang diambil awal bulan Januari hari tu....berdebar Tuhan je yang tahu....aku harap semuanya berjalan lancar...dan takde ape-ape yang bahaya kat dalam rahim aku...sesungguhnya aku pasrah dengan ujian Allah yang satu ini...

yang paling dekat ialah...aku dalam mode berdebar sebab esok 8/4 aku akan ke OUM dan menghantar tesis master aku..risau takut-takut tersalah format binding...harap-harapnye tak la kan....sekian lama aku tak memandu sekian jauh bersendirian sejak habis blaja hari tu...hari ni aku akan melakukannya semula sejak selepas operation awal tahun hari tu...semoga perjalanan aku selamat ptg ni...

dalam hati ada semak....hmmm..ni pun satu jugak ni.....mana tak semak kan..banyak kerja yang kena buat...tapi semak tu boleh aku tebas satu-satu....salah satunya,..kerja utk majlis tilawah al_quran peringkat daerah...biarpun aku bertugas sebagai pengurus peserta...namun ianya bukanlah satu tugas yang mudah...semuanya mesti berjalan dengan lancar dan selari ..kalau silap sikit aje boleh mencacatkan seluruh majlis penutupan...ni kali pertama aku kena handle bahagian ni....yang bestnye...label untuk kedudukan peserta aku dah siapkan..tinggal sorang lagi member kena print ou jek nanti..aku tak lah tunggu sampai petang..sebab aku dah nak ke kl...hehe

ape pun yang ada dalam hati....tak kira hati siapa...hati aku atau semua orang..aku harap..dan aku doakan agar aku masih mampu menjadi neutral....cuba untuk neutral...dan hadapi semua yang ada dalam hati tu baik taman ke..kilat ke..semak ke..ape ke ....hadapi dengan tenang dan sabar serta tabah....semua tu kita akan lalui jugak tak kira apa jenis taman yang ada dalam hati....sebab kalau kita lalui semuanya dengan neutral..sabar...serta tabah..insyaallah semuanya akan berlalu dengan mudah...hasilnya...semua orang akan gembira dan bahagia..baik diri kita sendiri..ahli keluarga..kawan-kawan..dan juga seisi dunia pasti akan gembira dengan kita..insyaalah....

Tuesday, April 5, 2011

entri bulan 4

Assalamualaikum...

hari ni dah 05/04...tapi baru hari ni aku nk buat entri..tu pun bila aku dah sedar yang aku dah lama tak update entri...byk perkara nak cerita...tapi aku tak tau nak cakap n citer mcm mana....sudahnya aku biarkan aje blog aku ni diam seribu bahasa...huk huk huk...

so...ape yang aku nak citer ni??tak de ape-ape nak cakap...aku hanya blogwalking blog org lain jek....

cuma setakat ni aktiviti aku lebih di sekolah je..pusat ko??setakat ni takder panggilan lagi sejak bertukar ke sekolah baru...keje2 ppd??baru nak bermula semula dgn MTQ peringkat daerah...takde la byk pun..cuma buat keje-keje pengurusan peserta aje la...

dah tu plak..pasal master project aku....overall dah siap...buat hardbound pun dah...semalam aku amik kat binding...terbangla 500 lebih duit utk 5 buah buku...tapi semua tu berbaloi...dua tahun aku bertungkus lumus blaja...takkan aku nak stop mcm tu je semata-mata 500 hengget tu..yer tak??

dan mlm tadi pun aku dah siapkan softcopy dlm cd..beserta dengan label cd lagi..hehe....

insyaallah khamis ni aku akan ke KL...dan jumaat tu aku akan ke OUM untuk hantar hardbound tu beserta cd...semoga semuanya berjalan lancar dengan jayanya...Insyaallah..:)

tu je la aku nak citer...membe2 kat depan aku ni sibuk duk bercakap pasal politik...aku??mcm biasa...tak minat berbicara tentang politik Malaysia.....cuma jadi pendengar setia....dan tiba time mengundi..aku akan mengundi....tu je la aku..malas nak sibuk-sibuk pening kepala...

Tuesday, March 29, 2011

kita mampu!!!

Allah menguji kita dengan berbagai ujian di dalam kehidupan ini sekadar kemampuan kita. Berat atau ringan ujian yang diterima...itu semua telah ditentukan oleh Yang Maha Esa...semua yang ada disekeliling kita dan semua yang terjadi di persekitaran kita hari-hari adalah ujian..kerenah anak-anak, kerenak kenderaan,kerenah pemandu jalanan,kerenah pekerja,kerenah bos,kerenah anak murid,kerenah rakan-rakan, situasi di negara sendiri,rumah sendiri,negara luar,hujan,panas...ape sekalipun semuanya merupakan ujian buat kita..

sama ada suka atau berduka..gembira atau sudah hilang tawa..itu semua ujian yang Allah berikan kepada kita menguji sejauh mana dan sekuat mana iman kita padaNYa..bagi yang tidak sabar..pasti keluhan yang berpanjangan tak lekang dari bibirnya...pasti rungutan berpuluh mukasurat telah dikarang oleh lidahnya...

bagaimanapun....bg yang sabar..pasti semua itu dilalui dengan penuh rasa kehambaan...namun tak semua kita kini mampu sabar seperti sabarnya Asiah...tabah seperti tabahnya Bilal bin Rabah...kita bukan Nabi...hati kita sentiasa dihasut oleh syaitan...namun semua itu bukan sebab utk kita tidak sabar dan tabah dalam menempuh ujian Allah...

percayalah..sekiranya kita merasa hari ini adalah hari yang malang buat kita...ada lagi yang lebih malang sebenarnya..kalau kita kira duit kita sudah tiada...ada manusia yang hidupnya hanya seteguk air sahaja....begitulah hidup ini...akan sentiasa ada yang lebih baik dari kita..dan ada yang lebih teruk dari kita..

sekiranya ditimpa ujian yang tak putus-putus...sabarlah..ubatlah hati dengan mengingati Allah...bukan semestinya kita berhenti dari buat kerja dan rutin seharian kita...tidak!!!kehidupan tetap kita perlu teruskan seperti biasa...TAPI..ubahlah diri....bukalah minda dan hati kita untuk sentiasa mengingati Allah walau dimana kita berada dan apa yang kita buat..Insyaallah segala urusan akan dipermudahkan oleh Allah...

kegembiraan,kejayaan,kemewahan,anak-anak,suami,isteri,ibu bapa,dan ahliu keluarga serta sahabat yang baik dan ramai juga merupakan ujian buat kita...DIA menguji kita adakah kita hanya mengingatiNYA dikala duka...

terakhirnya...hadapilah setiap kedukaan,kegembiraan,kesusahan,kesenangan,dan segala-galanya dengan penuh rasa hamba..dengan penuh sabar...dengan penuh tabah,,kerana KITA MAMPU MELALUINYA!!!..percaya dan yakin pada diri bahawa jalan penyelesaian pasti akan ada disebalik setiap kesusahan..pun kita tidak boleh lupa untuk sentiasa bersyukur dikala kegembiraan berada di depan mata..

Saturday, March 26, 2011

KASAR TU BRO!!!!

huh...Assalamualaikum....

ape perasaan korang dgn tajuk aku malam ni???aku bukanlah nak menujukan kata-kata tu pada kaum lelaki atau perempuan secara khusus...walaupun ada perkataan 'bro' tu..tp aku maksudkan utk dua-dua jantina..lelaki sama perempuan...

ape perasaan korang bila dapat 'sms' atau komen kat 'fb'/'twitter'..dan lain-lain dengan menggunakan CAPSLOCK???korang ok ke ko???

mengikut apa yg aku pelajari dalam ilmu chatting dekat mirc dulu-dulu...kalau guna CAPSLOCK tu..means org tu menjerit atau marah atau yang sewaktu dengannya...

yaa...aku bukanla baik sangat...dan aku pun ada kalanya guna jugak CAPSLOCK tu...tp bila aku betul-betul hangennnnnnnnnnnnn tsunami je....tp aku takder plak nak komen status org ke...blog orang lain ke...dengan menggunakan CAPSLOCK tak pasal-pasal kan.....ape lagi dalam 'sms'....

minggu ni aku jumpa dengan dua perempuan yang menggunakan CAPSLOCK bila berbicara dengan aku..tak perlu korang nak guna istiadat diraja pun kalau nak komen aku...aku cuma harap korang berbudi bahasa la sket kan..jgn main suka ko je...

perempuan pertama : org yang memang bersalah dengan aku sejak setahun yang lalu dek perbuatan suami dia...aku just mintak dia ingatkan ape yg suami dia dah janji je...tu je...dia boleh reply sms aku dengan sepenuh-penuhnya CAPSLOCK!!!!..pelikkk..patutnya aku yang kena hangennnn dan guna CAPSLOCK dekat dia...pelik aku.....tak der maknanya ko jd pensyarah UITM kalo ko takder manner mcm tu....

perempuan kedua : kwn aku sendiri..nak kata rapat tak jugak...cumanya mak aku dan mak dia kenal lama..aku pun kenal dia dah lama...dan seingat aku...tak seinci pun aku hangennn kan dia dulu dalam komen2 dia kat 'fb'..alih2...dia boleh CAPSLOCK mengomen kat status aku....pelik aku..rasanya status aku tu aku buat untuk diri aku...takde aku nak kaitkan dengan sape-sape kecuali mohd arif aku satu tu je....dah tu bila aku cakap pasal CAPSLOCK tu.....dia boleh guna lagi tu.....hmmm....jauh dalam hati aku...aku memang terasa dengan dia sorang ni.....

terakhirnya..aku ingatkan pembaca blog aku nie...dan diri aku sendiri....berhati-hatilah menggunakan lappy atau notebook atau ape-ape saja gadjet internet korang...jangan sampai apa yang kita buat  tu mendatangkan kebencian dan salah faham pada orang lain...

p/s :- hati-hati guna CAPSLOCK...:))

Friday, March 25, 2011

kembali tersenyum..

Assalamualaikum...

hari ni aku nak share sesuatu yang aku dah lama tak buat...bukanla aku tak buat langsung..cumanya..aku buat bukan dari hati aku....bukan juga kerana terpaksa...semuanya aku rela..semuanya aku ikhlas..cuma ia tidak betul-betul dari hati aku...

aper ye...iaitulah senyum dan ketawa....sebelum ni...aku pun dah lupa sejak bila..aku hanya senyum dan ketawa bila aku dengan mohd arif..hanya dia boleh buat aku senyum dan gembira dari dalam hati aku..dialah penenang aku..

jika tidak....
aku senyum...tapi tawar..tak der gula org tua-tua kata..aku gembira...tapi wajah aku ada duka...aku ceria...tapi mata aku sentiasa murah dengan air mata...kemurungan yang aku alami sejak lama...yer lah kan..sape tak takkan murung kalau lepas satu-satu masalah melanda...tapi masalah mematangkan diri kita yer tak....

sejak ke sekolah baru...dan sejak tahun ini...aku rasa baru dua kali aku betul-betul gembira di tempat kerja..pertama...masa aku dapat tahu aku dapat tukar sekolah hari tu..dan keduanya...petang ni...pertama kali aku join buat kerja-kerja backdrop kat sekolah baru sempena mesyuarat pibg...memang aku hepi dengan kawan aku sorang ni..dia kawan aku masa sekolah rendah...tapi..kata dia aku low profile dulu..haha..

aku tak nafikan kat tampat baru ni..aku sedikit terhibur dan sedikit demi sedikit aku melupakan setiap kesakitan dan kesedihan aku di tempat lama..aku sayangkan tempat lama..sebab disitu lah aku bermula..tapi..ianya tak indah lagi untuk aku terus di sana...

semoga kegembiraan aku petang ni..takkan disentap lagi oleh sesiapa...pun aku tahu aku takkan mampu menghalang sebuah kesedihan andai ia telah ditakdirkan untuk aku..ape yang penting ialah bagaimana aku memandang setiap sudut didalam hidup aku..itu yang penting..pandang dengan positif..insyaallah semuanya akan boleh diuruskan dengan baik...

Thursday, March 24, 2011

Master Project

Assalamualaikum...

sempat lagi aku nak menulis entri pasal projek master aku ni...

untuk pengetahuan korang yang sejak hari tu dah tahu aku tgh sambung master in education,,sekarang ni aku nak bgtau yang aku dah kena edit master projek aku yang bertajuk " Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi  dalam pengajaran Bahasa Arab di sekolah-sekolah rendah daerah Kuantan"..

akhirnya....penantian aku sejak bulan 1 pun berakhir....dengan pembetulan format projek aku tu....huhu..banyak jugak la yang nk kena edit...sampaikan..aku import member aku yang dah grad master kat UTM tu mintak sama-sama tlg aku yang memangnya blurr lagi kelabu asab tentang nak baiki format tu....

hamekkkk kau...masa ni la baru nak faham kalau double space tu...maksudnya double pada perkataan jer..tang nak selang tu...kena guna single space balik semula..haisssss...payah jugak bila masuk bab penerbitan ni yer......apepun semua tu pengalaman yang memang sukar nak dicari ganti...

dan hari ni..aku email balik ke U..mintak pegawai dia semak semula betul ke idak pembetulan yang aku dah buat...bila segala-galanya dah betul...barula aku akan teruskan dengan langkah yang keberikutnya..hehe....

insyaallah kalau takde ape2..result master project tu akan kuar dlm bulan 4 nie..dah tu pulak...insyaallah kalau semuanya lancar..bulan 6 ni konvo la aku..yahuuuu..merdeka!!!! (over excited...sori la yer geng..)

Sunday, March 20, 2011

BEN ASHAARI : Terima Kasih Ibu


[BANNER BEN ASHAARI[4].jpg]

Segmen Ben Ashaari lagi...ingatkan saya sorang je yang tengah berbicara tentang emak di blog saya...usai saya blogwalking blog teman-teman..terpandang entri terbaru Ben Ashaari ni...ape lagi...join terus lah kan...semoga kisah saya mendapat pengajaran kepada semua...yang baik datang dari Allah..yang tidak baik adalah kelamahan diri saya sendiri...kredit untuk Ben Ashaari sebab buat segmen ni..

Ceritakan satu kenangan yang paling anda tidak dapat lupakan ketika bersama ibu anda

satu-satunya kenangan saya dengan emak ialah melihat beliau begitu gigih membesarkan kami adik beradik tanpa kehadiran ayah disisi...emak dan ayah berpisah sejak saya darjah lima...yang paling saya ingat tentulah kegigihan emak membesarkan kami adik beradik...masa tu saya tingkatan 4..sebelum tu duduk asrama..tapi sejak form 4 dah tak duduk asrama..so..inilah kisahnya...setiap pagi emak bangun seawal jam 1pagi untuk memasak lauk pauk dan makanan untuk dijual di taman perumahan kami...dan beliau melakukan semuanya tanpa mengejutkan saya...usai saya solat subuh...saya akan bersiap-siap dengan pakaian sekolah...TAPI...sebelum menaiki bas...saya akan hantar barang-barang makanan yang mak dah masak tu ke gerai emak...ingat lagi masa tu saya hantar barang tu guna kereta sorong warna hijau (yang org buat angkut barang2 pertukangan rumah tu..)...(dan berbekalkan beberapa bungkus nasik kerabu@nasik lemak@nasik minyak@nasik berlauk..aku akan bawak ke sekolah untuk dijual pd kwn2..malah ada yang dah oder siap2 semalam esok nak makan apa kat sekolah..huhu...)..siap susun barang-barang atas gerai..mak akan hantar saya tunggu bas sekolah...pastu terus mak patah balik untuk berniaga...

balik je sekolah...saya akan punggah barang-barang mak..selalunya mak berniaga sampai petang..petang tu goreng pisang n keropok serta abc pulak...so petang2 kerja saya ialah tolong emak kat gerai....bila matahari nak terbenam baru balik rumah...setiap petang kalau tak saya...mak yang akan ke kedai beli keperluan untuk esoknye pulak...begitulah setiap hari...bila saya masuk UIA..mak masih lagi berniaga.....dan setiap kali cuti..ataupun hujung minggu yang saya rasa rindu..saya akan balik ke rumah...dan berniaga dengan emak....kisah tu tak terhenti disitu....habis je belajar...saya dapat KPLI...masa tu mak berniaga lagi...sampai saya habis KPLI...saya cakap kat mak..."dah la mak berniaga..biar orang pulak yang tanggung mak"...Alhamdulillah...adik-adik pun dah kerja...tinggal sorang je lagi yang blaja....

sampai satu masa...mak tak boleh bangun sebab tekanan darah mak terlampau tinggi dan terpaksa dimasukkan ke wad...saya la yang membasuh berak emak...semuanya dilakukan dengan tangan ini..berbekalkan tunjuk ajar nurse...saya melakukannya umpama emak itu bayi....masih saya nampak saya tidur di tepi koridor hospital...dan di atas lantai sebelah katil emak...tunggu emak dalam wad....dan bangun pagi2 mandikan emak....usai solat subuh..saya bergegas ke sekolah yang jaraknya 45km dari hospital...dengan menyalin baju kurung di hospital semata-mata..kadang-kadang kat stesen minyak jer...balik sekolah saya terus ke hospital...terasa seakan pecah dada ini bila mengenangkan mak tak nak basuh berak dia dengan orang lain kecuali saya...terpaksa la saya mohon balik awal dengan pentadbir dan bergegas ke hospital....

itulah antara yang saya tak boleh lupa...banyak sebenarnya sebab saya tinggal dengan emak...

Antara ibu dan ayah , siapakah yang anda lebihkan ?

tentulah EMAK saya...EMAK saya...dan EMAK saya....bukan saya tak sayangkan ayah saya..tapi beliau  terlalu jauh dari hati saya...hanya EMAK yang PALING DEKAT di hati saya...saya sanggup korbankan nyawa saya untuk emak saya....saya sanggup korbankan hati dan perasaan serta kegembiraan saya semata-mata nak tengok mak saya mengukir sebuah senyuman dibibirnya....tak mampu saya balasa tiap peluh emak yang jatuh kebumi demi membesarkan saya adik beradik...tak terbalas denyutan nadinya yang setiap masa mengabaikan dirinya demi anak-anak....sesungguhnya EMAK saya adalah hidup saya....saya boleh MATI tanpa dia...

Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua?

dah tentulah jawapannya TIDAK SAMA SEKALI!!!...biar saya tak punyai suami...selagi emak ada saya tetap akan menjaga dia...emak saya tak pernah abaikan saya adik beradik walau sesaat sejak ditinggalkan ayah...saya takkan tinggalkan emak saya...biar saya terpaksa mendengar ceritanya berulang-ulang kali..biar saya terpaksa mendengar pertanyaan yang sama beribu kali....biar bagaimana sekalipun situasi saya..emak saya akan sentiasa bersama saya selagi ada hayat kami...

Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka 

anak-anak yang macam tu hanya akan menyiksa ibu bapa mereka yang telah meninggal dunia...anak-anak yang macam tu tak sepatutnya ada di dunia ini..namun itulah yang banyak terjadi dalam masyarakat kita sekarang ini...setiap harta yang kita punya itu ada hak dan bahagiannya yang tersendiri..begitu juga dengan harta pusaka orang tua...biarlah ia dibahagi secara adil mengikut syariat yang telah ditetapkan...dan terimalah apa-apa yang menjadi milik kita tanpa menyiksa lagi mereka yang telah tiada...

that's all....

pesan saya yang terakhir...

~~kita hanya ada satu emak...dia itulah emak kita..yang melahirkan kita..menyayangi kita setiap masa...merindui kita..selagi ada nafas di dadanya...sayangilah dia...rinduilah dia...selagi dia mampu menzahirkan cinta dan rindunya buat kita..selagi ingatannya masih utuh buat kita...jangan tunggu sampai dia menutup mata...jgn tunggu sampai dia lupa nama kita...jangan tunggu sampai dia tinggalkan segala-galanya yang dia punya di dunia...sayangilah dia dengan banyaknya..kasihilah dia dengan sepenuhnya...kerana dia penentu syurga atau neraka destinasi kita 
di akhirat sana~~~

tsunami di hati mak..

Assalamualaikum...

bg sesape yang pernah @ sedang duduk jauh dari mak sebab belajar...atau pun sebab kerja ke hape kan...aku nak korang renung sejenak tentang apa yang aku nak cakap ni....

cuba bayangkan muka mak korang sekarang....
bayangkan rupa mak yang berkedut dah nak seribu...
bayangkan mata mak....pipi mak.....hidung mak...
bayangkan tangan dan jari-jari mak....
bayangkan..
.bayangkan mak masak untuk korang.
..lauk yang mak selalu masak  masa korang balik kampung....
bayangkan senyuman mak....

pasti korang akan tersentuh bila mengenangkan mak kan...
pada yang mak pergi buat selama-lamanya lagi lah kan...
semuanya hanya tinggal kenangan...

pada yang masih ada mak...adik-adik..abang-abang..kakak-kakak....
aku RAYU korang...

fahamilah hati emak yang satu...
emak risau....bila anak nya jauh...
emak tak selera makan..bila anaknya jauh...
emak rela berlapar...demi anaknya kenyang....
selagi tiada khabar yang emak ingin tahu..
selagi tiada berita dari anak di saat dia rindu..
saat itulah tsunami mula melanda hatinya..
saat itulah gempa di jiwanya...

dewasa mana pun anak...
jauh mana pun anak....
isteri siapa pun anak...
suami siapa pun anak...
kerjaya apa pun anak...
pangkat apa pun anak...
pada mereka...kita tetap anak...
anak tetap anak....

hubungilah emak korang paling lama pun 2 hari sekali...
kalau tak boleh...4 hari sekali....
seminggu sekali....

dengarilah suaranya...
dengarilah nasihatnya...
dengarilah celotehnya...
dengarilah amarahnya...
dengarilah lagu rindunya...
dengarilah kalimah cintanya...

kerana emak hanya ada anak-anak...
anak-anak penawar dukanya..
anak-anak harta paling berharga...
anak-anak kekuatan dirinya...
anak-anak jiwa dan raganya...
anak-anak adalah kehidupannya..
anak-anak adalah segalanya..
bagi yang bernama emak...

maklumkanlah pada emak...
dimana anda berada...
kemana anda pergi..
dengan siapa anda bersama...
bila anda akan pulang...
bukan laporan sepuluh mukasurat yang dia pinta..
bukan rakaman cctv di tempat anda yang dia harapkan..
cukuplah dia tahu..
anda sebenarnya selamat..
kerana selagi tiada berita..
dari MULUT anda sendiri...
selagi itulah dia takkan berasa lega..
selagi itulah hatinya meronta-ronta...
supaya tiada lagi yang dikatakan..

"tsunami di hati mak.."
"gempa di jiwa mak.."
"letusan gunung air di mata mak.."

kita hanya ada satu emak....dan emak itulah emak kita...sayangilah emak kita selagi dia masih ada...kasihilah emak selagi kita masih punyai dia di dunia..kerana pada dia..kita ada;ah segala-galanya....

**aku tak tau nak tulis macam mana dah...tapi inilah yang aku nak sampaikan malam ni...sape2 yang baca entri ni..aku harap korang dapat hubungi emak korang SEGERA!!!...dan korang akan dengar suara emak korang yang gembira bila dengar suara korang**

kawan ialah...

Buat semua kawan-kawan aku yang ada kat Dunia ni...


123tagged.Com

Thursday, March 17, 2011

serangan malware!!!

Online Link Scan - Virus, Trojan, Adware and Malware Scanner

 

--------- LINK SCAN SUMMARY ---------
URL scanned: http://atehmies.blogspot.com/
PhisTank say's: Service not available.
AVG say's: Service not available.
SiteTruth say's: This site is safe.
Google Safe Browsing say's: This site is safe.
Threat Name: No Threat FOUND
Threat Definitions: 918682
Engine Version: 0.97
Host IP: 72.14.213.132
Link Status: Clean
File Size: 166.17 KB
Time Finished: 5.16 secs
Overall result: This site is secure.


Alhamdulillah selamat dari malware....hehe..

sape2 yang nak scan website atau blog dorang dr malware ni..boleh la scan kat link nie..:-

http://onlinelinkscan.com/





selangkah ke alam mistik-part 3



Assalamualaikum...

kali ni aku nak sambung pasal aku gi berubat tu....
selepas mengalami ketakutan yang amat pada malam pertama...
dan selepas kami bertiga (mak..aku...n adik lelaki..) tidur berjemaah kat ruang tamu..
sampailah hari kedua aku pergi berubat....

alkisahnya.....
aku dah terkena sihir...
proses berubat berjalan macam biasa 
tanpa kejadian aneh...
tanpa muntah-muntah...

maklong bg aku minum air jampi untuk sihir..
dan dia beri ayat-ayat untuk aku baca
sebagai pendinding..
dan kalau aku mimpi buruk malam nanti...

balik je rumah...usai solat zohor..
aku letih yang amat sangat..
dan dalam kesejukan aku tertidur...

bangun je tidur...
aku rasa mulut aku maung je...
bila aku ludah...
sahhhhh....ada darah bercampur dgn air liur aku..
mulut aku ni still rasa darah...

aku capai air tawar...
terus minum....

dan malam tadi...
aku mimpi....
aku ada di satu kawasan yang ada patung...
aku terjaga....terus baca ayat-ayat yang diberi...
tidur kali seterusnya...
aku mimpi aku di hospital...
ada ulat warna merah,,,
besar yang amat..
tak tau nak gambarkan ulat tu mcm mana...
warna merah...ada cengkerang...
panjang dalam 155-25cm....
bukan macam ulat gonggok...
siap ulat tu boleh bersalin kulit mcm ular lagi..

dan aku terjaga lantas baca doa lagi...
memang tidur aku tak lena langsung...
sakit kepala....sakit badan...segala macam....

semoga aku dapat menghadapi semua ni
dengan sabar dan tabah....

Wednesday, March 16, 2011

selangkah ke alam mistik-part 2

Assalamualaikum...

pelik tak??pelik laaaaa...aku tak g pun lg umah maklong tu...pg2 esok br nakgi...tp entri ni dah masuk part 2...

okess...kali ni memula nye aku nak story kesan dari aku gi berubat siang tadi....ader kesan jugak ek...

aku memang dah penakut pun sebelum ni...tapi aku buat biasa je...berani sangat pun tak...takut sangat pun tak...yang aku selalu buat ialah buat bodo je la....

malam ni....
aku gi makan-makan kat restoren ana ikan bakar petai yang femes kat tg lumpur tu dengan sorang membe baik aku zaman U dulu....dalam perjalanan tu aku story la kat dia pasal aku gi berubat tu...

di pertengahan perjalanan......
aku story la kat dia...
tentang..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hantu kak limah balik rumah yang adik aku serempak last week....

alkisahnye....macam ni...
adik aku balik kul 12 tghmalam dah masa tu..
dalam perjalanan dia..(jalan tu aku lalu hari2 gi sekolah baru skang ni...)
di satu selekoh...
dia ternampak seorang perempuan...
berambut panjang...putih je rambut dia,,,
pakai baju putih...labuh...
berkain batik....
berselendang merah....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sambil tangan kiri dia..pegang rambut yang atas kepala..

korang bayang kan la..
mcm mana rempitnyer adik aku pastu kan...
masa tu jalan sunyiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii je...

bila aku citer dgn mak long tu...
dia kata itu bukan org tu..
lgpun kat tempat tu selalu eksiden...

aku pun rasa bukan orang..
sebab masa adik aku citer tu...
meremang dah bulu roma aku...

gitula kisahnyer....adusssss....

dan....
aku balik pun tepat pukul 12 sampai umah..
nasib membe tu sanggup amik dan hantar depan umah..
kalau tak....tobat aku tak keluar dah malam ni....

masuk je bilik...aku on nbook aku ni...
dengan harapan nak blogwalking dan fb je sket2..
ralit blogwalking...
tetibe...
.....
....
.....

cet...cet....cet...cet....(bunyi cicak kat tingkap bilik aku...)
pastu...
ketuk ktuk ktuk ktuk...
bunyi lagi kat tingkap aku...

mula2 aku buat biasa je...
masuk kali kedua bunyi tu..
aku boleh lari dari meja aku ni...(meja aku tepi tingkap...)
sampai ke ruang tamu...agak-agak dalam 5 meter...
terus aku g kat mak aku..

selamba aku ckp kat mak aku...
"mak...org takut la ni..."
ayat yg tak pernah aku sebut kat mak aku...huhu

macam mana aku nak tdo??
masalah jugak neh...
mak aku kata...meh kita tdo sama...
mak masuk bilik...pastu dia reverse balik..nak g toilet...
aku sanggup tunggu dia depan toilet...aduhaiiiiiiiiiii
sabar jelah...

sensungguhnya ketakutan itu sedang menghantui diri aku...
cicak ni plak tak abis-abis berbunyi..
saje nak tambahkan lagi takut aku...
tengah nak siapkan entri ni pun aku dah sekali terhenti dan duduk tepi mak aku atas katil...

mcm mana la kalau cuti sekolah dah abis nanti??
masa tu mak aku duduk umah kakak aku...
dan aku akan tinggal dengan adik lelaki aku..
adik lelaki aku selalu balik lewat-lewat malam dari tempat kerja....
macam mana ni???????????

adakah ketakutan aku ni akan berpanjangan.....

esok aku nak ceritakan semuanya kat mak long..

Ya Allah....lindungilah aku dari syaitan yang direjam...

aminnnn

Tuesday, March 15, 2011

selangkah ke alam mistik-part 1

Assalamualaikum...

entri ni aku nk cerita tentang sesuatu...aperkah sesuatu itu???

aku pun tak tau nk namakan apa...tapi cukuplah aku namakan ianya mistik...

kisahnya begini....

kisah pertama:-
aku merupakan salah seorang pembantu jurulatih pusat kokurikulum pahang...dan aku memang nya sentiasa akan ke PKK tu untuk bertugas...dan kawasan tu dikatakan oleh pak sedara aku...'keras'....korang paham2 lah yer apa maknanya kan...dan sebelum ni aku pernah mimpi macam-macam sampai aku susah nak tido...sakit kepala...dan macam-macam lagi la....so..aku pun selalulah jumpa sorang pakcik ni...(pakcik ni aku kenal dr kecik agi....termasukla famili dia..kenal famili aku...)....dia selalu la tolong buat air tawar kat aku..tiup-tiup aku...sebab aku selalu la kena usik dengan jin tanah la...memacam la kan..cuma bezanya aku tak meracau mcm histeria...tu je lah bezanya.....pakcik ni memang aku kenal dia bukan jampi yang khurafat..dia menggunakan ayat quran sepenuhnya....

kisah kedua :-
benda ni berlaku masa aku mula-mula dapat kpli jqaf dulu..tahun 2005 ke 2006 aku dah lupa....masa tu mak aku masih berniaga lagi kat warung dekat dengan umah along aku...setiap pagi memang aku akan hantar barang2 niaga mak aku kat gerai..then baru aku gi sekolah menunaikan tanggungjawab aku....(sebenarnya itulah rutin aku sejak pindah ke taman tu dari tingkatan 4 lagi...sebelum pegi sekolah memang aku akan hantarkan dulu barang dagangan mak aku..hehe)...so alkisahnya pada suatu pagi...usai solat subuh aku siap2 nak gi sekolah....hantar barang dulu kat warung mak aku...sesampainya aku kat sana....aku park kete aku betul2 dalam gerai mak aku tu...aku keluar la utk buka pintu warung tu....tetibe masa aku nak patah balik untuk reverse kete..."eh..pasir ape plak ni "...aku tertanya-tanya dalam hati....

pasir tu....utk pengetahuan korang....tersangatla halus...ada daun getah...biji getah....dan pasir tu adalah pasir kubur...aku bukan nak tuduh sesiapa...tapi mengikut kata-kata seorang makcik...ade seorang perempuan yang dengki dengan mak aku yang berniaga sejak bertahun-tahun kat situ pernah beritahu makcik tu yang dia akan buat sampai mak aku mati...Astaghfirullahalazim...apepun...kami dua beranak tidak percaya kata-kata makcik tu...yer la kan...orang boleh cakap macam-macam nk suruh kita bergaduh yer tak...

tapi....
sejak itu......aku sakit sama macam mak aku...semuanya sebelah kiri...kadang-kadang kaki aku ni berat  sampai  tak boleh nak langkah.....sebelah kiri badan aku ni...kadang sakit je....sengal-sengal...tapi aku tak pk banyak..mungkin sebab aku betul-betul sakit...

kisah ketiga :-
tadi aku gi berubat dengan seorang makcik yang dipanggil maklong...mak long juga mengamalkan ayat-ayat al-quran dalam perubatannya...kisahnya aku nak berubat sakit aku yang bengkak dalam rahim tu je...tetiba..dekat nak sampai umah makcik tu...aku rasa sakit kat dalam rahim aku...sengal dan ngilunya hanya Allah yang tahu...tambah dengan sakit pinggang yanng tiba-tiba menyerang...pelik.....mmg pelik sebab sebelum tu aku tak rasa apa-apa....aku just makan nasik dengan sayur n ikan goreng serta sambal ikan je sebelum tu....nak sampai umah makcik tu punyala slow aku drive...kereta rasa macam berat je....sampai je umah makcik tu...nak langkah kaki pun aku rasa tak larat...apetah lagi nak panjat tangga umah dia..(umah kampung je maklong ni..)....

tiba turn berubat....makcik tu bacakan ayat-ayat suci al-quran....tetibe belakang aku berpeluh..makcik tu tanya aku kenapa berpeluh..aku cakap..entah la...pastu makcik tu baca ayat lagi...then dia tiup kat telinga kiri aku..masa tu...aku rasa nak bertempik...telinga aku rasa semacam je...atas belakang tak yah cakap la..rimas je...tapi aku diamkan diri..malu la kan kalau dah besar-besar pun menjerit...kontrol habis masa tu...tiba kat telinga kanan pulak..memang aku  tak tahan sungguh dah....tapi aku still tak menjerit...cuma aku rasa sengalnye sampai ke punggung....tekak dah rasa semacam...tapi aku buat biasa je...tetiba...uwekkkkkkkkkkkk....maklong muntah...bukan muntah sikit-sikit...siap dia kebilik air pulak pastu..lama baru dia masuk...aku???cuma geli-geli tekak je masa tu...tak muntah pun........

masuk je semula dalam bilik..mak long tu tanya aku macam-macam...dia kata...ada benda duk ikut aku ni...rupanya!!!!!....sabar je la...dah lama benda tu duk ikut je aku...so nak berubat yang lain-lain terutamanya pasal bengkak dalam rahim tu tak boleh lagi sebab banyak sangat benda-benda lain dalam badan aku...makcik tu pun mula la mengurut aku dengan minyak kelapa....dalam-dalam duk mengurut tu...korang tau ape yang jadik???keluar pasir-pasir halus warna hitam dari liang roma aku...bermula dari atas bahu...sampaila kat semua badan aku terutamanya sendi2....banyak jugak la pasir-pasir tu...ada yang hitam..ada yang macam pasir betul..ada yang warna silver...sabar je la.......

balik je umah along aku...aku penat yang amat....cuba untuk tidur...tapi tak berapa nak boleh sangat....sudahnya aku layan je berat kepala aku ni...bangun je tidur aku rasa malasnye yang amat nak gi cari barang-barang untuk berubat esok....aduhai....along kata patut la selama ni kalau sebut je pasal nak gi berubat...sure aku akan kata taknak...macam2 la alasan aku...hehe..ade benda rupanya...

tapi aku gi jugak cari barang-barang tu..ala bukan ape pun...limau nipis ngan putik kelapa hijau je...hehe..

saat aku tulis entri ni pun badan aku still sengal-sengal...tadi keluar pasir pulak dari mulut aku....sabar je la..kalau emas tak pe jugak kan..boleh aku jual..kaya jugak tu...huhu..ini pasir...pasir pulak....yang tah apa-apa...

esok aku akan sambung lagi.....proses berubat tu....semoga esok aku akan bertambah baik...

doakan aku yer kawan2...

wassalam...