..::beRsaMaKu::..

Monday, November 21, 2011

aku..dia..dan phD..

assalamualaikum...

dah lama tak meluahkan rasa kat blog ni...rindu mmg rindu...september ada jugak satu entri..oktober langsung sepi tanpa cerita...kisahnya banyak...cuma penceritaan yg semakin kurang menjadi dek kerana kepenatan badan dan emosi...hehe..

baiklah....sekarang ni nk citer tentang aku....
aku seorang yang terlalu optimis memandang cita-cita..
pada aku..cita-cita aku sejak tingkatan empat dulu harus aku laksanakan...
mana  taknya..ditepi pantai suatu petang yang indah..
ustaz minta aku senaraikan cita-cita aku....
dan Alhamdulillah..setakat hari ni...Allah kabulkan impian aku..
termasuklah yang terkini mendapat ijazah sarjana pendidikan...
termasuklah juga menjadi guru bahasa arab...
termasuklah juga mempunyai sebuah rumah dan kereta...
termasuklah semuanya yang aku punyai sekarang ni...

dia....
dia aku kenal tak lama...
dua minggu sebelum aku bertukar...org beri no phone aku pd dia..
sekali je bercakap melalui handphone..
selebihnya hanya sms menghubungkan kami..
dan akhirnya...
terputus di tengah jalan..
entah apa silapnya...entah kat mana 'slack' nyer..
aku dengan selamba membiarkan situasi berlalu begitu sahaja

tapi tak siapa menduga..dia hadir kembali dlm hidup aku...
dan membuka ruang yang lebih dekat antara kami..
setelah semuanya bersetuju..
Alhamdulillah...bertunang sudah aku dengan dia
tanggal 2.10.2011 aku sah menjadi tunang dia..
walaupun aku  tengah berhimpit perasaan pada ketika itu..
kenapa??

kerana...phD...
sebetulnya...soal kahwin aku sendiri tak pernah terfikir..
apatah lagi tengah gila mellihat kawan2 sebaya menyambung pengajian peringkat phD...
lalu aku hanya ingin menggapai cita-cita aku yang satu itu..
sejak dia kembali dalam hidup aku..
aku seolah tersepit...sambung phD..atau bersama dengan dia..
org kata.dah kawin pun boleh buat phD...
tp memandangkan dia dah ada anak yg bersekolah..
(opsss...tunang aku duda kematian isteri sejak 4 thn lalu..)
aku kena ambil kira semua tu...

tapi...
phD tetap akan jadi mimpi aku..
yang akan aku terjemahkan pd kenyataan satu hari nanti..
sempatlah aku kumpul-kumpul duit n buat target lain pulak dulu sementara tu..
mungkin Allah telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk aku..
sebab aku hanya bercita-cita dan merancang..
tapi semuanya Allah yang tentukan...
so..aku redha je lah dulu buat masa ni..
semoga peluang untuk phD tu sampai jugak buat aku
satu masa nanti..

kat sini jugak nk beritahu..
insyaallah 4.12 ni aku akan melangsungkan perkahwinan dengan dia..
terus dpt anak 4...semua dh besar-besar n faham bahasa melayu..keh keh keh..
maka selamatlah anak tekak aku ni dr terjerit-jerit mcm kat sekolah tu kan..

apapun...
kenyataannya..aku..tetap optimis dengan cita-cita aku...tanpa mengabaikan dia..dan phD tetap akan aku genggam satu hari nanti...insyaallah..

No comments:

Post a Comment