..::beRsaMaKu::..

Thursday, July 7, 2011

Musafir Cinta-01

' Bila la kau nak kawin yer...umur dah meningkat...nak kata tak de kerja..kau berkerjaya..apa lagi yang kau tunggu ni??'
' Ntah la...tunggu putera katak jadi manusia kot..hehe'
' Haaa...bagus lah tu...eh mekkk...zaman sekarang takde putera-putera katak dah...kau tak payah nak berangan jauh-jauh la...berangan tak abis-abis'
' ala mak ni...rileks la mak...bukan orang tak nak kawin pun...kawin tu yang tak nak kat orang..haha'
' budak ni karang...ada nak kena mandi sup panas ni..'

Macam tu la selalunya perbualan Tini dengan makcik Fatimah.  Ada saja alasan yang diberikan.  Bukannya nak menjawab dengan penuh serius.  Baginya, soal cinta terlalu sukar untuk dibicarakan.

Bukan tidak mahu berkeluarga.  Bahkan hatinya sering mengharapkan hadirnya seseorang disisi buat menemani hari tuanya nanti.  Sungguh cemburu melihat teman-teman yang punyai suami dan anak-anak yang semakin membesar dan penuh dengan beribu persoalan dan kenakalan.  Bukan tidak mahu...tetapi sering dirinya mengenangkan kisah cintanya yang beberapa kali gagal.  Itulah yang menyebabkan dia tidak mahu membicarakan perihal cinta dan memiliki keluarga.

(bersambung..)

No comments:

Post a Comment