..::beRsaMaKu::..

Saturday, April 16, 2011

syair permintaan

Assalamualaikum...

lama betul tak update blog...
byk faktor yang menyumbang kepada ketidakaktifan meng'update' blog...huhu

kali ni just nak share satu syair yang telah dicipta atas permintaan seorang kawan terbaik...syair  tentang ibu untuk pertandingan syair budak2 kelas dia minggu depan..inilah dianya..tidaklah puitis mana...tapi rasanya cukup mudah utntuk difahami oleh murid2 sebaya anak muridnya..insyaallah..

tersebutlah kisah seorang wanita
dipanggil umi,ibu dan mama
jasanya tida pernah terkira
membesarkan kita hingga dewasa

sabarnya ibu..menjaga kita..
mengasuh kita sepenuh rela..
siang dan malam sanggup berjaga
demi anaknya yang amat dicinta

tabahnya ibu..mendidik kita
mengajar kita alif ba dan ta..
biar dirinya tidak terjaga
demi kejayaan anak tercinta

sampai masanya..kita berjaya
ibu gembira tiada terkata..
dengan kejayaan anak tercinta
hilanglah segala duka sengsara..

namun anak..semakin dewasa
ibu ditinggal disayang  tiada...
sunyinya ibu..tidak terkira
menanti anaknya tak kunjung tiba..

apakah kita..sudah terlupa..
jasa ibu kepada kita..
dialah ibu seorang sahaja
yang kita punya...tiada gantinya..

sayanglah ibu selagi ada..
kasihlah ibu selama-lama
berbuat baiklah kepadanya..
itulah ia kunci kesyurga..

wahai rakan-rakan semua
marilah kita bersama berdoa
semoga Allah merahmatinya...
jauhkan dia dari bencana
tempatkan dia didalam syurga

No comments:

Post a Comment