..::beRsaMaKu::..

Thursday, March 24, 2011

Master Project

Assalamualaikum...

sempat lagi aku nak menulis entri pasal projek master aku ni...

untuk pengetahuan korang yang sejak hari tu dah tahu aku tgh sambung master in education,,sekarang ni aku nak bgtau yang aku dah kena edit master projek aku yang bertajuk " Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi  dalam pengajaran Bahasa Arab di sekolah-sekolah rendah daerah Kuantan"..

akhirnya....penantian aku sejak bulan 1 pun berakhir....dengan pembetulan format projek aku tu....huhu..banyak jugak la yang nk kena edit...sampaikan..aku import member aku yang dah grad master kat UTM tu mintak sama-sama tlg aku yang memangnya blurr lagi kelabu asab tentang nak baiki format tu....

hamekkkk kau...masa ni la baru nak faham kalau double space tu...maksudnya double pada perkataan jer..tang nak selang tu...kena guna single space balik semula..haisssss...payah jugak bila masuk bab penerbitan ni yer......apepun semua tu pengalaman yang memang sukar nak dicari ganti...

dan hari ni..aku email balik ke U..mintak pegawai dia semak semula betul ke idak pembetulan yang aku dah buat...bila segala-galanya dah betul...barula aku akan teruskan dengan langkah yang keberikutnya..hehe....

insyaallah kalau takde ape2..result master project tu akan kuar dlm bulan 4 nie..dah tu pulak...insyaallah kalau semuanya lancar..bulan 6 ni konvo la aku..yahuuuu..merdeka!!!! (over excited...sori la yer geng..)

No comments:

Post a Comment