..::beRsaMaKu::..

Saturday, January 1, 2011

sebab2 yg melapangkan dada

Ibnul Qayyim menyebut beberapa perkara yang membuat dada menjadi lapang dan damai.  Dari semua perkara itu, yang paling penting adalah tauhid.  Dengan kebersihan dan kesucian tauhid itu boleh membuat hati menjadi lapanng, jauh lebih luas dari dunia dan isinya.

Tauhid::
Tauhid adalah ilmu yang mendatangkan manfaat, para ulama adalah orang yang paling lapang dadanya, pranng yang paling bahagia, dan orang yang paling senang.  Merekalah pemegang warisan yang ditinggalkan Baginda Rasul.

Amal Soleh::
Amal soleh juga termasuk hal-hal yang membuat dada menjadi lapang.  Amal soleh itu adalah cahaya di dalam hati, sinar di wajah, kelapangan dalam rezeki, dan penyataan cinta di hati orang-orang di sekelilingnya.

Keberanian::
Seorang pemberani adalah orang yang kaya hati, teguh pendirian, dan kuat tubuhnya sebab dia hanya mengharap kepada Zat Yang Maha Mengasihani.  Dia tidak akan terusin oleh berbagai-bagai peristiwa, tidak goyah oleh desas desus, dan tidak goncang oleh suara-suara yang mencemaskan.


Menjauhi Maksiat::
~~Maksiat adalah kesuraman, keliaran, dan kegelapan.  Kulihat dosa-dosa mematikan hati dan mewariskan kehinaan jika dilakukan terus-menerus~~pujangga arab

Menjauhi tindakan berlebihan dalam hal-hal yang mubah (harus), sama ada dalam percakapan, makan minum dan bergaul.

Seorang pesakit yang mengidap penyakit tekanan dan goncangan jiwa bertanya kepada doktor pakar sakit jiwa.  Jawapan yang diberikan oleh seorang doktor muslim adalah :"Ketahuilah bahawa alam semesta ini sudah selesai diciptakan dan sudah selesai diatur, tidak ada sesuatu yang bergerak di dunia ini kecuali dengan izin Allah. Lantas mengapa masih risau dan sedih?"

Al mutanabbi bermadah ::
~~~masalah yang kecil menjadi besar pada pandangan orang yang kecil 
dan masalah yang besar menjadi kecil pada pandangan orang yang besar~~~

---dipetik dr buku Jangan Bersedih@La Tahzan@Dont be Sad--

No comments:

Post a Comment