..::beRsaMaKu::..

Monday, October 25, 2010

rasa hati ini...

ingin aku lepaskan pergi..
namun aku tak berdaya
mengungkapkan satu kata
yang tidak boleh diterima hati ini..

ingin aku kekalkan rasa ini..
namun ku tahu ia takkan kemana..
tidak akan ada penyudahnya
antara kita berdua...

hakikatnya telah kita ketahui..
cabarannya telah kita uji...
namun kita tak mampu
menolak soal yang ada dalam hati..
gelodak jiwa dan rasa ini
hanya kita yang mengerti..

dan rasa itu telah terluahkan
dari dalam hati dan sanubari..
semakin lama semakin mekar..
walau kita tahu..rasa itu..
pastikan layu jua..
satu masa nanti...
tanpa kita pinta..
sebab semuanya telah kita duga

begitupun..aku masih sudi..
andai kau ingin pergi...
tidak akan ku paksa dirimu
terus berdiri di sampingku..
kerana andai itu kehendakmu..
akan ku relakan kau berlalu..

dan aku..
akan masih disini...
tanpa sebarang harapan di hati..
tanpa kubukakan lagi hati ini..
bukan kerana kehilanganmu disisi..
tapi kerana aku telah berjanji..
tidak akan mempercayai..
pada sesiapa lagi..

berjuta kasih ku ungkapkan..
kerana sudi menemaniku..
menyudahkan langkah perjuanganku..
menyusuri hari-hari..
yang mungkin adalah hari-hari terakhirku...

izinkan aku menikmati rasa 
yang ada dalam jiwa...
selagi ada masa ini...
selagi ada rasa ini..

No comments:

Post a Comment