..::beRsaMaKu::..

Wednesday, December 15, 2010

yang sudah tu sudah lah...

kata org..barang yang lama usah dikenang...kelak akan merana diri...

begitulah kehidupan ini...
setiap orang pasti mempunyai kisah silam mereka sendiri..
ada yang hidup dengan penuh kegembiraan...tanpa sebarang kesedihan dan kesakitan..
ada pula  yang sentiasa bertemankan airmata...tanpa tawa dan ria..
ada juga yang berpura2 gembira dengan harapan org lain disekeliling mereka akan berbahagia..
tak kurang juga yang menangis dan meratap hiba demi meraih simpati manusia lainnya..

setiap org pernah merasa pahitnya sebuah kehidupan..sehinggakan sukar utk ditelan...
ada yang pernah diabaikan...tanpa dipinta..
ada yang ditinggalkan tanpa rela...
ada yang dilupakan tanpa tahu apa salahnya...

setiap orang pasti merasa sakitnya jatuh dan sukarnya untuk bangun kembali..
setiap org pernah gagal dalam hidup mereka..
tidak semua yang lahir kedunia ini terus  berjaya..
semuanya yang berjaya itu mulanya dari gagal..
ada yang berjaya di dalam kerjaya...tp gagal di dalam kehidupan berkeluarga..
ada yang berjaya di dalam kehidupan keluarga..namun kerjayanya masih ditahap biasa2..
jatuh yang sukar utk bangun kembali....hanya yang pernah merasainya akan mengetahui
sakit dan luka yang yang terpalit di hati..

setiap orang pasti pernah merasai penyesalan yang tiada berkesudahan lagi..
dek kerana setiap orang pasti merasai semua situasi yang berbeza...
ada yang menyesal hinggakan merasai dirinya tidak berguna lagi..
ada juga yang menyesal...tapi simpan di dalam hati...
ada yang menyesal...tapi perlukan sokongan org lain utk meneruskan kehidupan seperti biasa sediakala..
namun...penyesalan tetap penyesalan...
sebanyak mana penyesalan...sebanyak itulah rasa kegusaran akan melanda diri..

setiap org pasti akan merasai semuanya....cumanya situasi yang berbeza kadang menjadikan tahap penerimaan setiap orang itu berbeza...tetapi...rasanya tetap sama...

yang sudah tu sudahla....yang dah berlalu pergi..jangan dikenang lagi..yang telah melupai..usah dikenang - kenang...setiap yang datang pasti akan pergi..begitu juga setiap yang hidup pasti akan mati...setiap yang kita miliki..pasti akan diambil kembali..oleh Yang Maha Memberi...

selagi kita menyimpan semua itu di dalam hati...selagi itulah hati tidak akan pernah tenang...selalunya semakin kita ingin melupai sesuatu pada awalnya...semakin itulah tersiksanya hati melawan semua itu..namun percayalah..sekali kita dapat memujuk hati kita dengan berkata yang sudah tu sudahlah...dengan penuh redha..ketenangan hati pasti akan kita miliki...

andai ia ingin pergi..lepaskanlah...
andai ia ingin melupai...biarkanlah...
andai ia menyakitkan hati....sabarlah...
andai kehidupan itu manis...nikmatilah ia sebaik mungkin..
andai kehidupan itu pahit..telanlah seadanya..mungkin ia penawar buat hati yang alpa...

sebab di sebalik semua itu...ada Yang Menciptanya..
usah sekali kita lupa..apatah lagi alpa selamanya...

yang sudah itu sudahlah...usah diingat kembali
usah dikenang-kenang lagi..
kalau ia menyakitkan hati...perlahan2 lah mengubatinya...
semoga ianya akan sembuh sendiri..
kerana disitulah terbinanya kembali
jatidiri kita yang sejati...

No comments:

Post a Comment