..::beRsaMaKu::..

Wednesday, December 8, 2010

::kerna itu kemahuanmu::

kini aku menyedari siapa aku dihatimu..
siapa diriku disisimu...
perlahan kau meninggalkan aku..
dan aku jua akan berusaha melupakanmu..
lupakan semuanya antara kita..
kerana semuanya tidak lagi bermakna buatmu..
dan aku jua akan berusaha utk pergi dari hidupmu...
 sesegera yang ku mampu...
kerana aku mengerti..
itukan kemahuanmu???


dan aku berusaha sekuat ku mampu..utk terus tersenyum kepada dunia..
biar seisi dunia akan berbahagia..
tanpa mengetahui luka yang kau hiris di hatiku..

aku cuma ingin hidup..tanpa sebarang sangsi..
tanpa sebarang luka di hati...namun semua itu 
tidak terjadi lagi kini buatku..semakin aku lari..semakin aku dilukai..
setiap kali aku ingin pergi...kau datang memujuk hati...
cintakah itu??itu bukan cinta padaku...
tapi kau terlalu takut utk menghampiri realiti...



dan sebelum kau benar pergi...aku akan berlalu membawa diriku sendiri...
kerana kutahu..semua itu ada di dalam hatimu..
namun kau sangsi andai aku rebah tidakkan bangun lagi..
kerana aku ini manusia lemah..
namun...sekali aku tekad utk pergi..
sepuluh langkah mindaku terus berlari..
hatiku terus tekad berdiri..
mencari kekuatan sendiri...


lalu bertepuk tanganlah mereka yang cemburu padaku..
kerana aku akhirnya meninggalkanmu...
dan aku pasti..jauh disudut hatimu...
tersenyum dan tertawa lega..
kerana aku akhirnya hilang jua..
dari pandangan mata...

biar dibibirmu mengungkap rasa curiga..
andai aku rebah tak terbangun semula..
namun aku tidak sesekali percaya...itu luahan yang kau rasa..
kerana telah aku kenalimu..semakin aku mengenalimu..
dan semakin kau rapat padaku..aku terus-terusan merasa tertipu..
dengan setiap tutur katamu..dengan setiap lakumu...



lantas kuputuskan bahawa kau memangnya begitu...
dan aku tidak akan menunggu apa pun darimu..
kerana itu kemahuanmu..

No comments:

Post a Comment