..::beRsaMaKu::..

Thursday, June 10, 2010

kadangkala..

Kadangkala hidup ini  terlalu uskar dimengertikan..
dalam kita mengejar impian,,
pasti terjatuh di pendakian..

sedang kita mencari kejayaan
pasti terasa kegagalan
asyik memburu cinta dan sayang
pasti diwarnai kelukaan

ada yang terpaksa berkorban segalanya
tak kurang yang terkorban tanpa diduga

dalam arus dunia 
yang menuntut kepada kemewahan dunia
kekedang kita terlupa
fitrah TUHAN atas hambanya
lupa ketentuan Ilahi
sedari azali

kerana terlalu asyik memenuhi tuntuntutan dunia
kita leka bersama waktu dan ketika

pernahkah terfikir oleh kita
untuk memenuhi tuntutan jiwa dan rohani
yang dahaga kasih sejati dari ILAHI

sedarlah dan ingatlah
selagi nafas ini diberi pinjam percuma
syukurlah padaNYA
usahalah selagi terdaya
asal sentiasa di landasanNYA

selagi bumi ini terbentang luas untuk kita
selagi itulah peluang untuk kita
ada dimana-mana

No comments:

Post a Comment