..::beRsaMaKu::..

Friday, June 11, 2010

dulu dan kini

Dahulu...semalam..
aku tewas melayari hidupku
sentiasa diulit noda dan dosa
tiada tempat harus ku tuju
tiada arah penunjuk buatku..

terumbang-ambing sendiri
hanya kenangan pahit mengiringi
jatuh...bangun...rindu...dendam...
hanya ku sendiri yang tahu

sendiri merasai apa yang tersurat
sendiri menyelami apa yang tersirat
dihatiku ini..

namun kaki ku langkah jitu
menapak kejap dibumiMu..
menuju sebuah kejayaan..
membaiki hidupku...

hari ini...
telah kubuktikan siapa aku
namun..apakah kan terbalas dan terlupa???
pada keperitan semalam...

esok yang bakal tiba
telah kubisikkan pada bayu
akan kuhimpun seribu harapan
kutanam berjuta impian
agar kejayaan kan terus mengiringi

kanku titip tiap kenangan silam
buat bekal meniti hariku
kanku kejapkan lagi
ayunan langkahku
agar dapat kubuktikan lagi
suatu hari nanti
siapa diri ini...

---sajak ini telah ditulis sebaik sahaja aku mengetahui keputusan SPM ku pada tahun 1998,ia merupakan sajak pertama yang tercetus di minda aku...selepas ini lah segalanya bermula----

No comments:

Post a Comment