..::beRsaMaKu::..

Monday, July 4, 2011

setelah sekian lama..

setelah sekian lama..aku tak update blog ni...ada dua jawapan je pada semua ni..(ader ke yg nak tau yer..:P)...pertama is aku sibuk...dan kedua is...aku tak tau mcm mana nak tulis apa yang ada dalam minda dan hati aku sejak beberapa ketika..

sibuk kenapa???
sibuk nk konvo..
Alhamdulillah...konvo jugak aku..
dan Alhamdulillah...aku berjaya menghabiskan pengajian master dalam masa dua tahun...

dan sekarang...
kesihatan tak begitu menggembirakan aku..
sejak lepas cuti....aku jatuh 9 anak tangga kat sekolah...
dan sejak itulah keadaan aku semakin tak berapa sihat
even sejak dulu memang aku terasa sakitnya..
tapi sejak jatuh,..kesakitan itu seolah semakin bertambah dan semakin pelbagai dari hari ke hari..
susah hati aku dibuatnya..

paling terkini ialah satu malam dalam kira2 pukul 2 pagi....
kaki dan tangan aku membengkak....
sakitnya tak boleh berpijak hanya Allah yang tahu...
sejak itu....bila2 aje kaki aku akan membengkak...
dan kasut yang aku pakai akan jadi kecik serta merta...huhuh..

sejak hari itu juga...pinggang dan belakang sebelah kiri aku sakit..
...susah untuk aku luahkan dengan kata-kata ataupun tulisan tentang ni..

doktor klinik swasta dah beri reference letter...rujuk mopd htaa..
tapi aku tak pergi...dah seminggu surat tu aku simpan..

dan malam ni...lagi sekali...
bermula dengan rasa kebas sebelah kiri kaki aku..
diikuti dengan sakit pinggang yang amat serta belakang sebelah kiri..
kemudian....sebelah kiri badan aku ketika dan saat ini adalah lembab..
dan sebelah kanan aku adalah kering....
dan aku baru perasan yang aku telah membuang air kecil dengan begitu kerap hari ini..
walaupun sejak sampai dr Kl tghari tadi tidak banyak air yang aku minum...

dan malam ni...dengan nekad aku buat keputusan untuk ke mopd esok hari...

kadang2..apa yang kita takutkan betul2 berlaku...
dan aku adalah dikalangan mereka yang takut untuk mendengar kebenaran..
tetapi aku ingin sekali mendengar kebenaran itu
dengan harapan kebenaran yang aku dengar adalah kebenaran yang baik..
namun..berapa peratus sangat kebenaran tu akan selamanya baik dan manis..

kata orang...kebenaran itu pahit..
walaupun begitu..pahit akan harus ditelan jua..
dan aku masih berharap..
semoga pahit itu akan manis jua akhirnya...

2 comments:

  1. salam..terkedu sy bila baca posting ni, ateh..beratnya dugaan kesihatan ateh..hopefully everything will be good n fine,ateh memerlukan kekuatan dalaman yg kental utk melawan sakit n i know have that spirit..fight that pain ok! I'll alwez pray for u fren..take care

    ReplyDelete
  2. wsalam....thanks for long life support...Alhamdulillah semuanya bertambah baik...mekasihhhh....yup i'll fight till the end..:))

    ReplyDelete