perlahan-lahan
aku akan pergi
meninggalkan dia
dengan hati penuh rela
mungkin hanya sekadar gurauan baginya
untuk menguji rasa..
namun aku tidak merasakan begitu..
setelah sekian lama ia berkisar di benakku..
kini dia meluahkan dahulu segalanya
dan aku masih disini..
berdiri menunaikan janji-janji
yang aku akan berlalu pergi
andai itu pinta dirinya..
pasti aku sedang terluka kini..
jantung kian kencang berdegup..
hati kian sakit ditoreh lagi..
namun aku pasrah..
pada setiap ketentuan..
kerna aku bukan siapa-siapa
sebenarnya pada dirinya...
kerna aku bukan siapa-siapa
untuk terus berada disisinya..
terima kasih kuucapkan..
tanpa dia mengetahuinya..
kerana telah singgah
dalam episod hidupku..
dan membuatkan aku bahagia
dan terasa begitu bermakna
biarpun hanya untuk seketika cuma
No comments:
Post a Comment