assalamualaikum...
dah lama tak meluahkan rasa kat blog ni...rindu mmg rindu...september ada jugak satu entri..oktober langsung sepi tanpa cerita...kisahnya banyak...cuma penceritaan yg semakin kurang menjadi dek kerana kepenatan badan dan emosi...hehe..
baiklah....sekarang ni nk citer tentang aku....
aku seorang yang terlalu optimis memandang cita-cita..
pada aku..cita-cita aku sejak tingkatan empat dulu harus aku laksanakan...
mana taknya..ditepi pantai suatu petang yang indah..
ustaz minta aku senaraikan cita-cita aku....
dan Alhamdulillah..setakat hari ni...Allah kabulkan impian aku..
termasuklah yang terkini mendapat ijazah sarjana pendidikan...
termasuklah juga menjadi guru bahasa arab...
termasuklah juga mempunyai sebuah rumah dan kereta...
termasuklah semuanya yang aku punyai sekarang ni...
dia....
dia aku kenal tak lama...
dua minggu sebelum aku bertukar...org beri no phone aku pd dia..
sekali je bercakap melalui handphone..
selebihnya hanya sms menghubungkan kami..
dan akhirnya...
terputus di tengah jalan..
entah apa silapnya...entah kat mana 'slack' nyer..
aku dengan selamba membiarkan situasi berlalu begitu sahaja
tapi tak siapa menduga..dia hadir kembali dlm hidup aku...
dan membuka ruang yang lebih dekat antara kami..
setelah semuanya bersetuju..
Alhamdulillah...bertunang sudah aku dengan dia
tanggal 2.10.2011 aku sah menjadi tunang dia..
walaupun aku tengah berhimpit perasaan pada ketika itu..
kenapa??
kerana...phD...
sebetulnya...soal kahwin aku sendiri tak pernah terfikir..
apatah lagi tengah gila mellihat kawan2 sebaya menyambung pengajian peringkat phD...
lalu aku hanya ingin menggapai cita-cita aku yang satu itu..
sejak dia kembali dalam hidup aku..
aku seolah tersepit...sambung phD..atau bersama dengan dia..
org kata.dah kawin pun boleh buat phD...
tp memandangkan dia dah ada anak yg bersekolah..
(opsss...tunang aku duda kematian isteri sejak 4 thn lalu..)
aku kena ambil kira semua tu...
tapi...
phD tetap akan jadi mimpi aku..
yang akan aku terjemahkan pd kenyataan satu hari nanti..
sempatlah aku kumpul-kumpul duit n buat target lain pulak dulu sementara tu..
mungkin Allah telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk aku..
sebab aku hanya bercita-cita dan merancang..
tapi semuanya Allah yang tentukan...
so..aku redha je lah dulu buat masa ni..
semoga peluang untuk phD tu sampai jugak buat aku
satu masa nanti..
kat sini jugak nk beritahu..
insyaallah 4.12 ni aku akan melangsungkan perkahwinan dengan dia..
terus dpt anak 4...semua dh besar-besar n faham bahasa melayu..keh keh keh..
maka selamatlah anak tekak aku ni dr terjerit-jerit mcm kat sekolah tu kan..
apapun...
kenyataannya..aku..tetap optimis dengan cita-cita aku...tanpa mengabaikan dia..dan phD tetap akan aku genggam satu hari nanti...insyaallah..
hidup ini terlalu sukar dimengertikan... hargailah sebuah kehidupan.. kerana disinilah kita telah ditakdirkan..
..::beRsaMaKu::..
Showing posts with label menjadi bahagia. Show all posts
Showing posts with label menjadi bahagia. Show all posts
Monday, November 21, 2011
Tuesday, March 29, 2011
kita mampu!!!
Allah menguji kita dengan berbagai ujian di dalam kehidupan ini sekadar kemampuan kita. Berat atau ringan ujian yang diterima...itu semua telah ditentukan oleh Yang Maha Esa...semua yang ada disekeliling kita dan semua yang terjadi di persekitaran kita hari-hari adalah ujian..kerenah anak-anak, kerenak kenderaan,kerenah pemandu jalanan,kerenah pekerja,kerenah bos,kerenah anak murid,kerenah rakan-rakan, situasi di negara sendiri,rumah sendiri,negara luar,hujan,panas...ape sekalipun semuanya merupakan ujian buat kita..
sama ada suka atau berduka..gembira atau sudah hilang tawa..itu semua ujian yang Allah berikan kepada kita menguji sejauh mana dan sekuat mana iman kita padaNYa..bagi yang tidak sabar..pasti keluhan yang berpanjangan tak lekang dari bibirnya...pasti rungutan berpuluh mukasurat telah dikarang oleh lidahnya...
bagaimanapun....bg yang sabar..pasti semua itu dilalui dengan penuh rasa kehambaan...namun tak semua kita kini mampu sabar seperti sabarnya Asiah...tabah seperti tabahnya Bilal bin Rabah...kita bukan Nabi...hati kita sentiasa dihasut oleh syaitan...namun semua itu bukan sebab utk kita tidak sabar dan tabah dalam menempuh ujian Allah...
percayalah..sekiranya kita merasa hari ini adalah hari yang malang buat kita...ada lagi yang lebih malang sebenarnya..kalau kita kira duit kita sudah tiada...ada manusia yang hidupnya hanya seteguk air sahaja....begitulah hidup ini...akan sentiasa ada yang lebih baik dari kita..dan ada yang lebih teruk dari kita..
sekiranya ditimpa ujian yang tak putus-putus...sabarlah..ubatlah hati dengan mengingati Allah...bukan semestinya kita berhenti dari buat kerja dan rutin seharian kita...tidak!!!kehidupan tetap kita perlu teruskan seperti biasa...TAPI..ubahlah diri....bukalah minda dan hati kita untuk sentiasa mengingati Allah walau dimana kita berada dan apa yang kita buat..Insyaallah segala urusan akan dipermudahkan oleh Allah...
kegembiraan,kejayaan,kemewahan,anak-anak,suami,isteri,ibu bapa,dan ahliu keluarga serta sahabat yang baik dan ramai juga merupakan ujian buat kita...DIA menguji kita adakah kita hanya mengingatiNYA dikala duka...
terakhirnya...hadapilah setiap kedukaan,kegembiraan,kesusahan,kesenangan,dan segala-galanya dengan penuh rasa hamba..dengan penuh sabar...dengan penuh tabah,,kerana KITA MAMPU MELALUINYA!!!..percaya dan yakin pada diri bahawa jalan penyelesaian pasti akan ada disebalik setiap kesusahan..pun kita tidak boleh lupa untuk sentiasa bersyukur dikala kegembiraan berada di depan mata..
Sunday, January 9, 2011
katakan Ya...
Ya..
dengan senyumanmu yang cantik, yang mengirimkan cinta, dan mengutus kasih sayang bagi orang lain.
ya..
dengan tutur kata yang baik anda dapat menjalin persahabatan yang dianjurkan syariat dan menghapus semua rasa dengki
ya..
dengan derma yang membahagiakan si miskin, menyenangkan orang fakir, mengenyangkan perut yang lapar
ya...
dengan kesediaanmu duduk bersama al-Quran seraya membaca, merenungi, dan mengamalkannya, sambil bertaubat dan beristighfar
ya...
dengan banyak berzikir, memohon ampun, rajin berdoa, dan suka memperbaharui taubat
ya...
dengan mendidik anak-anak dengan agama, mengajarkan sunnah Nabi dan memberi petunjuk tentang apa yang bermanfaat bagi mereka
ya...
dengan rasa malumu dan hijab (penutup aurat) yang diperintahkan Allah, kerana hanya itulah cara untuk memelihara dan menjaga dirimu
ya...
dengan berteman bersama wanita-wanita yang baik dari kalangan mereka yang mempunyai rasa takut kepada Allah, menyukai pengalaman agama, dan menghormati norma-norma etika
ya...
dengan berbuat baik kepada kedua orang tuanya, menyambung persaudaraan, menghormati tetangga dan menyantuni anak yatim
ya..
untuk membaca sesuatu yang bermanfaat dengan menelaah buku yang menarik dan berfaedah, buku yang menyenangkan dan memberi tuntunan
~~Dr. Abdullah 'Aidh Al-Qarni~~

Subscribe to:
Posts (Atom)