Assalamualaikum...
hari ni dah 05/04...tapi baru hari ni aku nk buat entri..tu pun bila aku dah sedar yang aku dah lama tak update entri...byk perkara nak cerita...tapi aku tak tau nak cakap n citer mcm mana....sudahnya aku biarkan aje blog aku ni diam seribu bahasa...huk huk huk...
so...ape yang aku nak citer ni??tak de ape-ape nak cakap...aku hanya blogwalking blog org lain jek....
cuma setakat ni aktiviti aku lebih di sekolah je..pusat ko??setakat ni takder panggilan lagi sejak bertukar ke sekolah baru...keje2 ppd??baru nak bermula semula dgn MTQ peringkat daerah...takde la byk pun..cuma buat keje-keje pengurusan peserta aje la...
dah tu plak..pasal master project aku....overall dah siap...buat hardbound pun dah...semalam aku amik kat binding...terbangla 500 lebih duit utk 5 buah buku...tapi semua tu berbaloi...dua tahun aku bertungkus lumus blaja...takkan aku nak stop mcm tu je semata-mata 500 hengget tu..yer tak??
dan mlm tadi pun aku dah siapkan softcopy dlm cd..beserta dengan label cd lagi..hehe....
insyaallah khamis ni aku akan ke KL...dan jumaat tu aku akan ke OUM untuk hantar hardbound tu beserta cd...semoga semuanya berjalan lancar dengan jayanya...Insyaallah..:)
tu je la aku nak citer...membe2 kat depan aku ni sibuk duk bercakap pasal politik...aku??mcm biasa...tak minat berbicara tentang politik Malaysia.....cuma jadi pendengar setia....dan tiba time mengundi..aku akan mengundi....tu je la aku..malas nak sibuk-sibuk pening kepala...
hidup ini terlalu sukar dimengertikan... hargailah sebuah kehidupan.. kerana disinilah kita telah ditakdirkan..
..::beRsaMaKu::..
Showing posts with label pengajianku. Show all posts

Tuesday, April 5, 2011
Thursday, March 24, 2011
Master Project
Assalamualaikum...
sempat lagi aku nak menulis entri pasal projek master aku ni...
untuk pengetahuan korang yang sejak hari tu dah tahu aku tgh sambung master in education,,sekarang ni aku nak bgtau yang aku dah kena edit master projek aku yang bertajuk " Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran Bahasa Arab di sekolah-sekolah rendah daerah Kuantan"..
akhirnya....penantian aku sejak bulan 1 pun berakhir....dengan pembetulan format projek aku tu....huhu..banyak jugak la yang nk kena edit...sampaikan..aku import member aku yang dah grad master kat UTM tu mintak sama-sama tlg aku yang memangnya blurr lagi kelabu asab tentang nak baiki format tu....
hamekkkk kau...masa ni la baru nak faham kalau double space tu...maksudnya double pada perkataan jer..tang nak selang tu...kena guna single space balik semula..haisssss...payah jugak bila masuk bab penerbitan ni yer......apepun semua tu pengalaman yang memang sukar nak dicari ganti...
dan hari ni..aku email balik ke U..mintak pegawai dia semak semula betul ke idak pembetulan yang aku dah buat...bila segala-galanya dah betul...barula aku akan teruskan dengan langkah yang keberikutnya..hehe....
insyaallah kalau takde ape2..result master project tu akan kuar dlm bulan 4 nie..dah tu pulak...insyaallah kalau semuanya lancar..bulan 6 ni konvo la aku..yahuuuu..merdeka!!!! (over excited...sori la yer geng..)
Sunday, January 9, 2011
maksud pendidikan oleh beberapa org sarjana islam & barat
Pendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam sesebuah Negara. Pendidikan dilihat mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segi peni ngkatan ekonomi, budaya, politik, sosial, dan sebagainya. Dengan pendidikan kehidupan manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Pendidikan juga merupakan asas penting kepada setiap individu. Pelbagai usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam sesebuah Negara bagi memastikan semua rakyatnya menerima pendidikan.
Justeru itu, apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan? Perkataan pendidikan mempunyai tafsiran yang pelbagai dan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman, tujuan dan tugasnya. Di sini akan dihuraikan beberapa maksud pendidikan yang telah dikemukakan oleh beberapa ahli falsafah dan tokoh ilmuan dari Barat pandangan Barat dan Islam
Swift D.F di dalam bukunya “ Sociology of Education” menghuraikan pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh beberapa orang sarjana dan Ilmuan dari Barat berkenaan dengan pendidikan. Antaranya ialah, Plato berpendapat, pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah member latihan moral kewarganaegaraan yang baik. Menurut Aristotle pula, pendidikan ialah ilmu yang bersifat etikal dan politikal. Mengikut beliau, tujuan pendidikan ialah memberikan setiap warganegara peluang untuk mencapai kebahagiaan hidup.
John McDonald menghuraikan perbezaan pendidikan diantara masyarakat primitif dengan masyarakat moden. Pengertian pendidikan dalam masyarakat primitif ialah latihan vokasional dan pelajaran adat resam, kepercayaan serta cara sembahyang, dismapaikan melalui tunjuk ajar dengan secara tidak langsung daripada keluarga dan pergaulan dengan orang dewasa. Manakala pengertian pendidikan bagi masyarakat moden pula merupakan latihan khusus menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu pengetahuan yang penting untuk kehidupan disampaikan melalui pengajaran secara langsung daripada guru yang berilmu tinggi serta mempunyai kemahiran mengajar.
John Dewey pula mengatakan bahawa pendidikan adalah satu proses perkembangan individu. Mengikut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.
Atan Long pula di dalam bukunya bertajuk “Psikologi Pendidikan” memuatkan di dalamnya beberapa pandangan mengenai pendidikan yang telah dikemukakan oleh beberapa sarjana dan ilmuan Islam. Antaranya ialah; Syed Muhammad Qutb menyatakan bahawa pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Menurut beliau, tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia kea rah tahao kesempurnaan.
Amar al-Shaibani berpendapat pendidikan adalah digunakan untuk melatih manusia membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat. Menurut al-Ghazali pula, proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat - menghormati.
Firman Allah di dalam Surah Al-Alaq ayat 1 yang bermaksud : “Bacalah!!! Dengan Nama Tuhanmu yang menjadikan”, jelas menunjukkan betapa peri pentingnya pendidikan kepada setiap umat manusia dengan tidak mengira jantina, agama, budaya, umur, keturunan dan sebagainya Begitu juga dengan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : “Menuntut ilmu itu wajib bagi bagi setiap lelaki dan perempuan”, jelas memberitahu kepada kita bahawa setiap orang tidak kira lelaki atau perempuan dikehendaki menuntut ilmu atau dalam erti kata lainnya mempunyai pendidikan.
Sharifah Alwiyah Alsagoff menghuraikan di dalam bukunya “Falsafah Pendidikan” pengertian pendidikan sebagai satu proses atau aktiviti yang berikut:-
· Pendidikan sebagai proses persekolahan formal.
· Pendidikan sebagai proses latihan.
· Pendidikan sebagai proses perkembangan fizikal, intelek, social dan emosi seseorang individu.
· Pendidikan sebagai proses indoktrinasi dengan tujuan agar pelajar akan mempercayai apa yang disampaikan.
· Pendidikan sebagai proses yang berterusan untuk kemajuan individu seumur hidup.
· Pendidikan sebagai aktiviti yang bersepadu untuk mencapai matlamat seperti memperolehi kemahiran pengetahuan dan sikap dengan secara integrasi.
· Pendidikan sebagai satu disiplin, seni dan sains.
Mok Soon Sang di dalam bukunya “Pendidikan di Malaysia” merumuskan bahawa pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk memperkembangkan fizikal, intelek, social dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman supaya dapat member kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang lebih sihat bagi faedah diri sendiri serta masyarakat, bangsa dan negaranya.
Menurut Anuar Ahmad (UKM), sesetengah orang tidak dapat membezakan antara pendidikan asas dan pendidikan menengah. Pendidikan asas adalah satu konsep yang besar dan luas. Tanpa mengira usia atau ruang, pendidikan asas boleh sahaja bermula sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, universiti atau usia tua. Pendidikan asas yang dimaksudkan ialah satu komponen ilmu yang diberikan kepada individu meliputi asas-asas kehidupan sama ada sebagai seorang individu manusia atau sebagai ahli dalam sesebuah Negara. Seringkali pendidikan asas dikaitkan dengan akronim 3M (membaca, menulis dan mengira). Sebenarnya pendidikan asas juga meliputi soal pendidikan kesihatan dan penjagaan diri, kemahiran komunikasi dan berinteraksi serta berkaitan dengan pembangunan moral dan agama.
Kesimpulannya, pendidikan berupaya mengubah corak kehidupan seseorang ahli dalam sesebuah Negara. Melalui pendidikan juga dapat membentuk masyarakat yang berakhlak tinggi, berpengetahuan luas, bijaksana dalam membuat keputusan, dan tegas dalam mengendalikan emosi seterusnya dapat memacu kegemilangan dan kecemerlangan sesebuah Negara.
Rujukan
Atan Long (1976-1978), Psikologi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Mok Soon Sang (1991), Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur
Sharifah Al-sagoff (1985), Sosiologi Pendidikan, Heinmann(Malaysia) Sdn.Bhd. Petaling Jaya
Swift, D.F (1969-1973), The Sociology of Education, Routledge & Keagan Paul, London
Portal Pendidikan Utusan, www.tutor.com.my
Tuesday, November 30, 2010
antara sedar n tak percaya..
salam..
Alhamdulillah...selesai proses pemarkahan projek saya di peringkat supervisor...
Alhamdulillah segalanya selesai mengikut perancangan yang ditetapkan pihak oum...
dan esok saya akan menghantar 2 salinan soft bound ke oum..saya akan menghantar sendiri...
buat pertama kali saya akan menjejakkan kaki kekampus induk OUM di Maju Junction Mall..:))
so apa yg antara sedar dan tak percaya nie yer...
saya pun tak pasti mcm mana nk ceritakan semua ni..
yang pasti...saya sedar yang saya telah selesaikan semuanya mengikut flow..
dan dlm ms yang sama saya jugak tak percaya yang saya lakukan semuanya
dalam masa dua tahun yang diperuntukkan kepada saya!!!
sungguh saya tak sangka yg saya berjaya menamatkannya di peringkat ini..
walau dengan berbagai dugaan...godaan..cemuhan..sindiran..jelingan...
juga tugasan yang tak henti silih berganti setiap hari setiap masa...
Alhamdulillah Tuhan permudahkan semuanya bg saya...
dan yang paling saya tak sangka...semestinya komen dr supervisor sendiri..
~~she is done well in this project which in my point of view is same with master's thesis~~
ulasan saya ttg komen ini...dia dh komen apa yg dia fikirkan ttg apa yg saya buat..
dan sebenarnya...komen itu..sebenarnya utk beliau sendiri...manakan tidaknya kan..
beliau yang telah menjadikan saya sehingga ke tahap yang beliau sendiri sebutkan..
dan saya hanya mengikut apa yg sepatutnya saya buat..itu sahaja petuanya...
apapun...saya mmg tak salah memilih beliau sebagai supervisor saya...
mmg saya banyak belajar drpd beliau...terima kasih buat Dr.Majdi..
yg kedua tak tak sangka..markah yg diberi kpd saya...86/100..
Alhamdulillah..satu jumlah yg boleh dikatakan lega..
saya beryukur ke hadrat Ilahi...
namun saya masih ternanti2 apakah sama markah itu
dengan markah pemantau luar ttg projek saya ini..
risua juga memikirkannya...:))
bagaimanapun saya yakin n redha dengan setiap yang berlaku...
yang penting..tiada ulangan utk projek ini..insyaallah
dan semestinya saya paling tak sangka...
kawan2 saya yang saya ketemu di alam fb sejak terpisah di zaman sekolah
hinggakan ada di zaman sekolah rendah sekalipun..
tetap sudi mendoakan kejayaan n mendorong saya supaya sentiasa bersemangat..
begitu jua kwn2 yg baru dikenali...Alhamdulillah..
kalian mmg sahabat yang menjadi penguat saya sepanjang masa...
dan akhirnya..saya masih lagi tak sangka...yang saya punyai kwn2 seperti mereka..
terima kasih di atas persahabatan n kepercayaan kalian selama nie..
semoga Allah meberi kemudahan dan rezeki yang berlipatganda buat kalian..
:))

Monday, November 22, 2010
DIA permudahkan segalanya...
Alhamdulillah...
itu sahaja perkataan yang bermain di hati dan minda saya tika dan saat ini...
tiada perkataan lain yang menggambarkan betapa leganya saya setelah selesai pembentangan pembetulan bab 5 saya tadi...
bermula dengan kerisauan yang berganda2...saya berhadapan juga dengan Dr.Majdi tadi....walaupun diiringi dengan gelak tawa beliau dek penulisan saya yang memang kelakar..hahaha...akhirnya saya berjaya melepasinya..
dan Alhamdulillah...Allah masih memberi saya kemudahan ini...DIA memberi saya kelegaan ini...sungguh!!! saya berani katakan kini yang saya berasa langit saya kini makin luas...langkah saya makin panjang....minda saya seluas lautan...dengan komen daripada Dr.Majdi tadi...dengan pemahaman yang beliau berikan kepada saya....semuanya membuat saya lege seleganya....
Alhamdulillah....ALLAH mudahkan perjalanan saya yang sukar...syukur padaMU ya ALLAH...
kini...
yang tinggalnya..saya perlu membaik sedikit sahaja lagi penulisan bab 5.. serta kesalahan ejaan yang ada di dalam bab2 yang terdahulu....dan menyiapkan tugas2 terakhir seperti menyusun mukasurat, indexing, muka depan, references dan sebagainya..kerja2 itu rumit...kerana semuanya berformat yang telah ditetapkan..namun semuanya akan mudah sekiranya saya melakukannya secara tidak panik...Alhamdulillah..kata2 semangat yang Dr.Majdi berikan tadi membuat saya terasa ingin tersenyum kepada seluruh isi dunia hatta kepada pokok2 dan dinding2 sekalipun..terasa seolah ingin terbang berjumpa ibu tercinta dan ARIF yang menjadi kekuatan saya selama ini...
namun saya perlu bersabar utk semua itu..tidak terlalu gembira..dan tidak terlalu tertekan dengan situasi..itulah harapan saya kini..saya akan melaluinya dengan penuh sabar dan semangat....helaan nafas lega saya ini..mungkin tidak dirasai oleh orang2 lain..tapi..itulah yang saya rasa..ianya seolah2 anda telah mendapat berita yang paling menggembirakan hati anda dan anda mampu tersenyum dari sudut hati anda dengan penuh pengharapan....itulah ianya perasaan saya kini..
ALhamdulillah pujian dan syukur pada ALLAH..kerana masih menyayangi saya dgn mengurniakan semua cabaran dan rintangan kepada saya..jua kerana telah menyampaikan berita gembira ini kepada saya serta memberi saya peluang utk merasainya..walaupun saya sering terleka...namun saya tahu..DIA sebenarnya sayangkan saya..terima kasih ya ALLAH...
terima kasih jua buat teman2 dan semua yang mendoakan saya...ahli keluarga terutamanya...ibu saya yang paling special dihati saya selain arif yang byk memahami saya dan bersabar dengan kesibukan saya selama ini..saya akan meluangkan masa saya dengan memenuhi permintaan mak n arif yang telah banyak saya ketinggalan selama 2 tahun ini...
akhirnya..
terima kasih Tuhan kerana memberikan diri ini kekuatan dan ketabahan..
terima kasih kawan yang tak pernah jemu mendoakan..
terima kasih ibu, airf n ahli keluarga yang tidak pernah meletakkan saya dibelakang mereka dalam membuat keputusan...
terima kasih semua...saya..S.A.Y.A.N.G.K.A.N kalian semua..sungguh!!!

minggu kritikal..
salam..
hari ni..perjuangan master saya akan bersambung semula..setelah seminggu berahat dari sebarang penulisan..saya akhirnya berjaya menyiapkan pembetulan bagi bab 5 projek master saya..Ahamdulillah setinggi syukur saya panjatkan pada Allah yang telah memberi peluang kepada saya sehingga ke saat ini utk terus menghirup udaraNYA utk menyiapkan semua ini...terima kasih buat ibu dan ahli keluarga serta teman2 seperjuangan yang sentiasa tidak jemu2 memberikan sokongan kepada saya dalam hal ini..
kini..saya berkampung di rumah adik saya di Setapak..betul2 berdepan Uptown Danau Kota yang dikunjungi oleh sekian ramai pengunjung saban malam tidak kira musim perayaan atau tidak...saya???masih belum ke sana sejak sampai...pernah dulu sekali saya pergi bersama dengan Azmatun (kwn baik saya)...tapi tiada apa yg ingin kami beli..jadi saya telah membuat keputusan...tiada apa yang menarik pada saya disitu...mungkin hanya akan turun ke sana seandainya kakak saya dtg ke KL nanti...:)
lama mana kat sini??paling lama 3 minggu....tapi itulah had masa yang sebenar....saya pun tidak boleh menjangkakan apa-apa lagi kini..semuanya bergantung kepada bahan yang telah saya sediakan ini sama ada diterima supervisor saya iaitu Dr. Majdi atau tidak...sekiranya beliau tidak menerimanya dan meminta saya membaikinya..maka pembetulan akan terus dibuat...
nyatanya...dan yang paling pasti...minggu ini adalah minggu kritikal bagi saya...seminggu ini lah saya perlu menyiapkan kesemuanya..daripada pembetulan bab 5..serta pembetulan bab-bab yang sebelum ini..dan kerja2 kecil seperti memasukkan index mukasurat..index jadual..abstrak..lampiran..dan sebagainya lagi lah sehinggalah kepada membuat dua salinan berupa soft copy kepada pihak OUM dan Dr. Majdi...itulah kemucaknya...tarikhnya??? awal bulan 12..minggu pertama bulan 12 saya harus menghantarnya..bagaimana pun saya berazam utk menghantarnya paling lewat hari jumaat pada minggu tersebut....saya akan cuba menyiapkan semua ini dalam masa dua minggu..mmg agak mengerikan bagi saya...risau..resah..kalut..cemas...tidak percaya...semuanya berlegar2 difikiran saya...saya seakan tidak percaya adakah saya mampu melaluinya..adakah saya mampu mengharungi masa-masa ini dengan tenang?
dan pastinya kerisauan saya kian memuncak bila memikirkan apakah penulisan saya ini akan diterima OUm dengan baik atau tidak....setinggi manapun tahap kerisauan saya...jauh disudut hati saya berharap yang semuanya akan baik2 saja..dan jauh di dalam hati..saya yakin yang saya mampe melakukannya..dan semestinya saya akan buat yang terbaik demi cita2 saya!!!..
semoga Allah memberi saya kesempatan utk menghadapi dan melalui semua ini dengan penuh ketabahan..seterusnya memberikan saya kejayaan yang saya impikan..
buat masa ini..tiada topik peribadi akan saya ceritakan disini...selepas entri ini..saya tidak pasti bila pula entri berikutnya akan saya masukkan...sekalipun ada..mungkin ianya berkisar tentang kekuatan saya..A.R.I.F...... banyak juga yang saya nk kongsikan kisah peribadi..namun...semuanya masih terlalu awal utk saya ceritakan tentang sesuatu yang baru di dalam hidup saya...(erm....saya harap saya berjaya kali ini..)
akhirnya...doakan yang baik2 utk saya yer..:)
semoga Allah memberi kesempatan lagi kepada saya untuk menghabiskan pengajian ini dengan jaya dengan mendapat keputusan yang sewajarnya dengan usaha saya..semestinya A target saya...
jumpa lagi dilain entri..wassalam..:))

Friday, October 15, 2010
terima kasih Dr....
salam...
mungkin Dr. takkan membaca nukilan blog ini..
tidak mengapa..yg penting saya mahu meluahkan semuanya..
tiada kata sebaik terima kasih di atas tunjuk ajar dan dorongan Dr...
bermula dr bab 1..hinggalah kini..memasuki bab 4...
ustaz sentiasa positif dgn apa yg saya buat..
sentiasa mendorong saya...sentiasa memberikan saya semangat utk terus berusaha
terima kasih atas segalanya...
mungkin apa yg Dr. terima dr pihak OUM...tidak seberapa..
tapi ilmu yg telah Dr titipkan buat saya..amat besar ertinya..
pengalaman yg Dr. kongsikan amat bermakna buat bekal saya..
hanya Allah yg mampu membalas semuanya...
Alhamdulillah..akhirnya..memang saya berbaloi memilih Dr. sebagai supervisor saya..
mungkin ramai yg menyatakan Dr. seorang yg straight..pada saya juga..:))
tp soal itu telah saya ketepikan demi mencapai cita-cita saya
dan demi belajar cara Dr belajar dan menuntut ilmu..
semangat itulah yg saya mahu tanam dlm diri saya
semangat perjuangan yg takkan pernah berhenti..
bak kata kata Dr. tadi.."ternyata awak mmg pandai.."
saya malu dgn kata2 itu..kerana rasanya diri ini tidak layak...
kerana rasa diri ini masih byk kurang dan celanya..
tidak sebanding dengan Dr..
saya mahu jadi sehebat Dr...itu azam saya sejak degree dulu..
begitupun..komen Dr. tadi berjaya menguatkan semula degupan jantung ini
yang semakin hari semakin mudah lemahnya...semakin cepat letihnya...
komen tadi meningkatkan semula semangat diri..
yang terkadang tersasar jua di jalan sendiri..
terasa seperti hidup kembali..
jantung ini kembali tersenyum..
terasa seolah semua luka dan sakit telah diubati..
terima kasih Dr...
Jasamu Dikenang..
Subscribe to:
Posts (Atom)