..::beRsaMaKu::..

Monday, September 20, 2010

tiga kisah...

kisah satu ...
"ada kwn kita...telah membenarkan suaminya kawin lagi satu..
kerana  tak mahu melihat suaminya terus melakukan dosa..
disamping redha dengan ketentuan Tuhan kepadanya...
walau tiada salah dan dosa antara mereka..
walau sudah dicari dimana khilafnya...
memang tiada akan berjumpa..
namun si isteri telah redha..
mengizinkan suaminya bernikah kali kedua..."

nyatanya aku tahu..ada bait duka
disebalik wajah yg ceria..
namun aku sedar..
dia sedang  redha dengan pilihannya..
bukan dibuat sengaja-sengaja
tapi telah memohon pada YANG ESA...

kisah dua...
" ada kwn kita  tu..
telah ditipu puluhan ribu
oleh lelaki yang tidak tahu malu..
sudah ditipunya duit prempuan itu..
ditipunya bujang tiada yg ambil tahu..
sedar2 isterinya dah dua..
tunggu masa nk cukupkan tiga...
supaya istilah isTHREE terlaksana agaknya.."

tapi aku tahu...
perempuan itu kuat n cekal
hadapi tiap dugaan melanda..
bukan suami org menjadi dambaan..
tapi kesetiaan pd sebuah hubungan..
lalu hubungan diputuskan..
demi sebuah kehidupan..
biar dia terseksa sendiri..
dalam doa dia mengharap..
agar duitnya dikembalikan..
mengikut perjanjian yg ditetapkan..

kisah tiga...
" anak sulung akak...
x tahu membaca...
x selaju teman2nya..
yang petah menyebut apa sahaja kosa kata
yang ada depan mata..
serasa malu sendiri..
kerana di tempat kerja.
akaklah orangnya..
yg menunjuk ajar rakan2 sebaya
bagaimana mendidik anak membaca..
tapi anak kita...pun termasuk golongan kelas KIA"

tp akak itu...
kulihat sungguh kuat dan sabar
tanpa henti berdoa...
moga anaknya bisa menuturkan baca..
moga2 impiannya terlaksana..
kukatakan padanya..
tahap budak tidak sama..
penerimaan mereka jua berbeza..


moral of the three stories :: 
setiap orang di sekeliling kita termasuk kita sendiri sedang n sentiasa diuji oleh ILAHI...
tinggalnya kita sedar atau tidak sahaja..segala baik  buruk..suka duka..tawa n airmata...
semuanya adalah ujian dari YANG MAHA ESA untuk kita yg terlalu KERDIL disisiNYA...
kita mungkin tidak sedar ada dikalangan kita yang tersenyum gembira hingga ke telinga..
tapi sebenarnya hatinya dirundung duka n penyesalan yang tiada kesudahan...
ada yg menangis tanpa henti...
tapi sebenarnya mereka sedang berbahagia,,,
tapi kita tidak tahu ...
kerana kita tidak pernah ambil tahu apa yang tersirat disebalik semua itu...

setiap yg berlaku...
hadapi dengan tabah..kalau kita susah..org lain lagi susah..
kalau kita sedih..org lain lagi sedih...
kalau kita gembira...ada lagi yg sedang menikmati hari2 bahagia mereka..
begitulah kehidupan ini..
.tak selamanya kita berada di atas n dibawah...
hidup ni maca roda...kejap kita di atas..kejap kita dibawah..
kejap kita dipaksi yang sama...
semuanya berpeluang merasai duduk ditempat yang sama
 tetapi mungkin dalam keadaan yang berbeza...
kerana UKURAN TUHAN TIDAK SAMA dengan UKURAN MANUSIA ::::

4 comments:

  1. suke bc post ni..alhmdulillah dgn setiap dugaan dr-Nya sbb Dia syg kn kite sbgai makhluk ciptaan-Nya..btl x? (^_^)

    ReplyDelete
  2. tul tu..kdg kita tak sedar ada dikalangan rakan2 kita sebenarnya mengharungi kehidupan mereka dengan susah payah penuh ketabahan...

    kita juga punyai kisah ketabahan kita sendiri..namun kdg kita lebih beremosi seolah2 kita sahaja yg ditimpa masalah dan kemurungan..sedangkan masih ada lagi kemurungan org lain disekeliling kita yg tak mampu mereka ungkapkan dengan kata-kata atau airmata.,,,

    ReplyDelete
  3. salam..entri terbaik yg pernah sy baca...mmg betul apa yg ateh katakan tu...ujian yg datang bukan bermakna derita, kesenangan yg dimiliki bukan bermakna bahagia utk selama2nya...segala2nya terletak pd diri sendiri bagaimana hendak mengatur hidup...terima kasih atas entri ini ateh.. :)

    ReplyDelete
  4. samo2 lah ijan...

    kisah ni ateh dengar ada yg dah lama...ada yg baru je ateh dpt...ms duk pusing2 cr kwn2 utk soalan survey ateh tu..dlm duk sembang2 tu...terpk la beberapa perkara..balik je trus tulis..semoga dpt buat pengajaran n peringatan utk kita semua supaya sentiasa tabah dan kuat menghadapi kehidupan..:)

    ReplyDelete