dua bulan yang lalu...saya bertandang ke rumahnya setelah sekian lama tidak menjenguknya...itupun kerana saya bermimpi tentangnya.....dan ternyata dia memang tidak sihat dan kerap demam selsema...saya beritahu semua adik-adik yang jauh dan dekat..baliklah menjenguknya...Alhamdulillah semua pergi menjenguknya....
kemudian saya bertandang lagi...seingat saya sebelum cuti sekolah pertengahan tahun..menyatakan padanya kami akan mengadakan kenduri kesyukuran di rumah dan saya telah berjanji untuk menjemputnya..paling tidakpun menghantar sajian yang akan disediakan....
tetapi pada hari kejadian kenduri...saya sibuk dengan kerja-kerja yang terlalu banyak...menguruskan kenduri dan melayani tetamu yang datang..dalam hati ni terdekit juga untuk pergi ke rumahnya...tapi...'ahhh,,tak apa lah kot..nanti lah lain kali je pergi...'
satu hari saya dapat panggilan telefon dari anak tirinya mengatakan yang dia tidak sihat dan dia menyebut-nyebut yang saya akan mengambil dia ke kenduri kesyukuran tempohari..."maaflah kak...bukan saya tak nak pergi..tapi sejak lepas kenduri hari tu saya sibuk sangat nak tanda kertas periksa budak..nak masuk markah lagi...nantilah saya pergi..terima kasih sebab bagitahu.."..padahal boleh je saya nak pergi berjumpa dengannya..cuma penyakit malas saya tu dan perasaan bahawa 'takkan ada apa-apa kot pada dia..'...saya terus leka...
sejak hari tu dan selepas hari itu...saya memang betul-betul sibuk....bulan julai adalah masa saya yang tidak banyak saya berada dirumah....banyak saya keluar dari sekolah untuk urusan di luar....yang paling lama ialah membawa pelajar ke program kebangsaan di Perak....
semasa di sana....satu lagi panggilan saya terima pada hari kedua mengatakan bahawa dia dah tak boleh bangun dan duk sebut-sebut dan berjumpa dengan anak perempuan sulungya (anak dia dengan isteri sebelum mak saya) yang berada di kelantan dan semua anak-anaknya yang lain serta adik beradiknya yang masih ada..titisan jernih mengalir seketika di pipi saya...saya menghubungi adiknya di kelantan dan memaklumkan perkara tersebut..pakcik saya (satu-satunya adik lelaki dia)...memang sibuk pada ketika itu....
selang sehari...satu lagi panggilan mengatakan bahawa dia sudah agak teruk...saya masih lagi di Perak...lantas sekali lagi saya membuat panggilan yang banyak..kepada pakcik saya...kepada adik saya meminta dia melihat keadaan dia dan membawanya ke hospital kiranya perlu....tapi......dia enggan pergi ke hospital pada masa itu...
kembalinya saya dari Perak....saya mula sakit kaki..kaki saya membengkak dengan jayanya hingga memaksa saya menuju wad kecemasan di HTAA...setelah ujian darah dan air kencing dilakukan...saya tidak apa-apa kata doktor....esoknya saya perlu ke HTAA lagi untuk ujian darah lagi bagi tujuan berjumpa dengan pakar pula....dan seterusnya...saya makin sibuk dan semakin sibuk!!!!!!di tambah dengan keadaan diri yang tidak sihat....saya langsung tidak menjenguknya...
sehinggalah satu hari saya mendapat panggilan lagi sekali dari anak tirinya....terus saya kesana menjenguknya...ternyata dia terbaring tidak bermaya tanpa makan apa-apa...minum pun akan keluar semula...sekali lagi saya memaklumkan perkara tersebut kepada adiknya di kelantan....dia akan menguruskan kakak saya ke sini...
hari khamis...(dua minggu sebelum puasa)....kakak saya sampai dari kelantan...saya membawanya berjumpa dengan dia......dan kami pulang semula....sejak itu kakak saya itulah yang menjaga dan merawatnya...sehinggalah kami berjaya mengangkatnya ke ruang tamu yang agak luas keadaanya berbanding dengan bilik yang didiaminya...adiknya pun datang sama..ternyata airmata tidak mampu dia tahan..pertama kali itulah saya lihat pakcik saya menitiskan airmatanya...sebelum dia meneruskan perjalanan ke KL...dia mencium saya...saya tahu ada hiba di hatinya...
hari ahad...darah keluar daru mulutnya...saya menelefon ambulan...dan ambulan mengambilnya...setelah 5 kali percubaan memasukkan jarum untuk memasukkan air..masih gagal...doktor menyuruh kami membawanya pulang semula...'nak mati dah ke ..air pun tak nak masuk'...kata dia.....dia masih menanya-nanya kakak saya adakah saya telah dimaklumkan tentang kedatangan dia ke klinik kesihatan tersebut.....saya bergegas ke klinik dan ternyata dia sudah tidak mengingati saya dengan pantas...adiknya di kelantan saya maklumkan lagi sekali......
sejak hari itu saya menjenguknya boleh dikatakan setiap hari....kaki saya bertambah sakit...terasa seperti mahu putus segala urat saraf....mujurlah ada kakak yang menemani isterinya di sana...sekurang-kurangnya saya boleh menanyakan khabar bila waktu pagi...
seorang demi seorang adik beradiknya datang menziarahinya....dan sayalah tukang penunjuk jalan kepada mereka.....satu malam....saya tidur di rumahnya...dia terjaga dan meminta saya memusingkan arah tempat dia berbaring...tetapi saya tidak lagi mengalihnya...dia banyak bercakap dengan saya malam itu walaupun dia sendiri lemah dan tidak bemaya....suaranya tidak berapa jelas...
ramai orang yang sudah tidak dikenalinya...saya perhatikan hidungnya membengkok...telinganya telah mula rapat ke tepi muka....saya tahu dia semakin lemah tidak bermaya...malam itu dia tidur dengan kedua tangannya memegang erat tangan saya...sungguh sayu rasanya...
hari minggu berikutnya...kami di datangi oleh seorang teman lamanya....beliau menyatakan bahawa kemungkinan ada 'belaan ayah saya' masih ada bersamanya....petang itu yasin kami bacakan dan air yasin kami sapukan padanya dan beri minum untuknya...
pagi isnin hari pertama puasa.....kakak saya memberitahu bahawa dia seolah-olah lain macam dan gelisah tak tentu hala...lalu saya dan kak long pula mencari-cari orang yang boleh merawatnya,,,dan Alhamdulillah kami temui orangnya...
usai terawih malam itu...kami kerumahnya...dan dengan bacaan ayat-ayat suci oleh pakcik tersebut...telah berjaya mengeluarkan benda itu dari badannya...terlanjur bercerita..kakak saya mengatakan kepada pakcik itu bahawa sejak saya menguruskan dia...saya telah sakit kaki yang tidak tertanggung sakitnya,...lantas saya pula yang berubat pada malam itu..kata pakcik itu..benda itu mahu duduk dalam badan saya...
macam-macam perasaan ada dalam hati saya...sedih...geram..benci..merajuk....semua ada...saya sudah malas mengambil tahu tentangnya sejak itu...hanya menelefon...saya tidak menjenguknya..sehinggalah satu hari rabu kakak saya yang menjaganya menyatakan perlu pulang ke kelantan atas urusan penting dan meminta saya mengambilnya....
khamis petang esoknya saya ke sana...tetapi...saya tidak menjenguknya walau sekejap..."saya takut" sebenarnya...
sejak itu saya tidak mendengar khabar darinya...kakak saya itu pula mengambil telefon bimbitnya...terdetik juga di hati saya..bagaimana anak tiri dia mahu menelefon saya kalau ada apa-apa sebab semua nombor telefon ada di dalam telefon tersebut..tapi...suara seakan terkunci....lalu tiket ke kelantan saya belikan buat kakak saya...dia akan balik ke kelantan pada pukul 1 pagi hari sabtu...
jumaat itu..sekembalinya saya ke rumah...terasa seolah lemah dan tidak bemaya....lalu satu badann saya sapukan air..dan saya hanya mampu berbaring tanpa sebarang kerja......sehinggalah waktu berbuka....selesai solat....saya masih lagi lemah....dan bisanya badan saya hanya Allah yang tahu...sakitnya sangat luar biasa...akhirnya saya tertidur di tengah-tengah ruang tamu rumah kak long...urusan menghantar kakak saya ke terminal makmur dilakukan oleh adik saya....
tepat 2.45 pagi...saya terjaga kerana panggilan telefon kakak saya dari dalam bas yang menyatakan dia sudah pergi buat selama-lamanya....Innalillahiwainna ilaihi rajiun....tiada setitis air mata saya jatuh pada ketika itu..lantas saya hubungi adik beradiknya di kelantan memaklumkan tentang itu..kakak saya yang dalam perjalanan itu akan kembali semula dengan pakcik saya yang akan datang dari kelantan......
akhirnya dia pergi juga.....dan kali terakhir saya melihatnya dan bersalam dengannya adalah seminggu sebelum itu...seminggu sebelum itu dia meminta labu...saya mencarikan labu untuknya...ternyata bila telah siap di masak...dia tidak mahu pula memakannya...dan....kini...dia telah pergi..
ramadhan tahun lalu adalah yang terakhir buatnya....kerana ramadhan kali ini dia tidak mampu lagi untuk berpuasa....dan tahun ini juga saya tidak lagi menziarahinya di hari raya....cuma menziarahi pusaranya sahaja..tiada lagi salaman memohon kemaafan darinya (kami yang telah ditinggalkan olehnya tanpa sebarang khabar berita sejak sekian lama...)...
ya Allah...tempatkanlah dia dalam kalangan hambaMU yang soleh dan beriman...Amin..
hidup ini terlalu sukar dimengertikan... hargailah sebuah kehidupan.. kerana disinilah kita telah ditakdirkan..
..::beRsaMaKu::..
Thursday, August 18, 2011
tutup blog ke?
Assalamualaikum...
sekian lama tak menulis dalam blog ni...sepanjang bulan 7 memang sibuk dan sentiasa terkejar-kejar menjalankan tugasan sekolah dan tugasan luar...boleh dikatakan sepanjang bulan 7..berapa hari je yang betul-betul ke sekolah untuk tugas pengajaran dan pembelajaran..selebihnya berada di luar...
nak menulis dalam blog pun seakan mati kata...mati rasa...terasa banyak yang yang nk dicerita...tapi jari jemari ni tak lincah seperti biasa..seperti mula-mula mewujudkan blog ni...hmmm....
sejak habis pengajian sarjana....buka ferrari ni pun dah liat je....kalau buka pun...jenguk fb...pastu tak tau nak jenguk apa...duk layan movie korea je la kerjanya....status fb pun dah tak berapa membina je rasanya...
nak tutup ke blog ni??ke nak biarkan ia terus sepi...tunggu bila ada masa dan mood..baru buat semula...
.
.
.
.
atau....
.
.
.
.
.
atau....
.
.
.
.
.
.
kne renovate blog ni biar tampak ceria supaya boleh kembali menulis???

Thursday, July 7, 2011
Musafir Cinta-01
' Bila la kau nak kawin yer...umur dah meningkat...nak kata tak de kerja..kau berkerjaya..apa lagi yang kau tunggu ni??'
' Ntah la...tunggu putera katak jadi manusia kot..hehe'
' Haaa...bagus lah tu...eh mekkk...zaman sekarang takde putera-putera katak dah...kau tak payah nak berangan jauh-jauh la...berangan tak abis-abis'
' ala mak ni...rileks la mak...bukan orang tak nak kawin pun...kawin tu yang tak nak kat orang..haha'
' budak ni karang...ada nak kena mandi sup panas ni..'
Macam tu la selalunya perbualan Tini dengan makcik Fatimah. Ada saja alasan yang diberikan. Bukannya nak menjawab dengan penuh serius. Baginya, soal cinta terlalu sukar untuk dibicarakan.
Bukan tidak mahu berkeluarga. Bahkan hatinya sering mengharapkan hadirnya seseorang disisi buat menemani hari tuanya nanti. Sungguh cemburu melihat teman-teman yang punyai suami dan anak-anak yang semakin membesar dan penuh dengan beribu persoalan dan kenakalan. Bukan tidak mahu...tetapi sering dirinya mengenangkan kisah cintanya yang beberapa kali gagal. Itulah yang menyebabkan dia tidak mahu membicarakan perihal cinta dan memiliki keluarga.
(bersambung..)
Tuesday, July 5, 2011
kadang kita menangis...
kadang kita menangis...
menangis sendirian...tanpa ada yang tahu...
hanya kita dan airmata yang mengetahui..
setiap tangisan yang jatuh kepipi...
namun ada jua tangisan yang terlihat
oleh manusia lain..
sekeliling kita..
lalu tangisan itu dikongsi..
secara tidak tersengaja...
aku dan airmata...
umpama laut dan pantai...
sentiasa bersama...
umpama bulan dan matahari..
sering bertukar ganti...
ada airmata duka...
ada airmata gembira...
aku menangis hiba..
bila merasa diri ini sungguh tidak berguna..
aku menangis dan menangis..
jauh di dalam hati..
walau aku tersenyum dan ketawa...
aku sebenarnya menangis...
semakin banyak aku sedang ketawa dan gembira...
semakin banyak aku sedang menangis jauh di dalam sana...
namun aku bersyukur..
ada yang terkadang mengerti tangisan ini..
sungguh benar...
ALLAH tidak akan membiarkan hambaNYA sendiri..
di datangkan pada kita teman...
buat pengubat jiwa..
di kurniakan kita kalamNYA..
buat peneman setia..
cuma kita kadang terlupa...
oleh kalamNYA yang bermakna...
dan akhirnya...
kita menangis dan terus menangis..
tanpa kita sedar...
kita ada DIA...

Monday, July 4, 2011
setelah sekian lama..
setelah sekian lama..aku tak update blog ni...ada dua jawapan je pada semua ni..(ader ke yg nak tau yer..:P)...pertama is aku sibuk...dan kedua is...aku tak tau mcm mana nak tulis apa yang ada dalam minda dan hati aku sejak beberapa ketika..
sibuk kenapa???
sibuk nk konvo..
Alhamdulillah...konvo jugak aku..
dan Alhamdulillah...aku berjaya menghabiskan pengajian master dalam masa dua tahun...
dan sekarang...
kesihatan tak begitu menggembirakan aku..
sejak lepas cuti....aku jatuh 9 anak tangga kat sekolah...
dan sejak itulah keadaan aku semakin tak berapa sihat
even sejak dulu memang aku terasa sakitnya..
tapi sejak jatuh,..kesakitan itu seolah semakin bertambah dan semakin pelbagai dari hari ke hari..
susah hati aku dibuatnya..
paling terkini ialah satu malam dalam kira2 pukul 2 pagi....
kaki dan tangan aku membengkak....
sakitnya tak boleh berpijak hanya Allah yang tahu...
sejak itu....bila2 aje kaki aku akan membengkak...
dan kasut yang aku pakai akan jadi kecik serta merta...huhuh..
sejak hari itu juga...pinggang dan belakang sebelah kiri aku sakit..
...susah untuk aku luahkan dengan kata-kata ataupun tulisan tentang ni..
doktor klinik swasta dah beri reference letter...rujuk mopd htaa..
tapi aku tak pergi...dah seminggu surat tu aku simpan..
dan malam ni...lagi sekali...
bermula dengan rasa kebas sebelah kiri kaki aku..
diikuti dengan sakit pinggang yang amat serta belakang sebelah kiri..
kemudian....sebelah kiri badan aku ketika dan saat ini adalah lembab..
dan sebelah kanan aku adalah kering....
dan aku baru perasan yang aku telah membuang air kecil dengan begitu kerap hari ini..
walaupun sejak sampai dr Kl tghari tadi tidak banyak air yang aku minum...
dan malam ni...dengan nekad aku buat keputusan untuk ke mopd esok hari...
kadang2..apa yang kita takutkan betul2 berlaku...
dan aku adalah dikalangan mereka yang takut untuk mendengar kebenaran..
tetapi aku ingin sekali mendengar kebenaran itu
dengan harapan kebenaran yang aku dengar adalah kebenaran yang baik..
namun..berapa peratus sangat kebenaran tu akan selamanya baik dan manis..
kata orang...kebenaran itu pahit..
walaupun begitu..pahit akan harus ditelan jua..
dan aku masih berharap..
semoga pahit itu akan manis jua akhirnya...

Wednesday, May 25, 2011
sejak sekian lama..
Assalamualaikum ...
sejak sekian lama aku tak meng'update' belog ini.....hari ni aku gagahkan jugak jari jemari menaip entri...sambil2 tunggu budak exam ni....huhu
sebenarnya bukan aku tak mau update blog aku ni....
jawapan pertama...aku bizi sampai nk jenguk blog pun tak sempat...
jawapan kedua...byk yg aku tak terluah dengan kata-kata....sekadar bermonolog sendiri dari dalam hati...kekeringan idea kot..
haaa....tapi ni aku nak share some gud news :-
ahad ni..29/5 kat umah aku ade kenduri besar-besaran..bukan kenduri kawen sape2 atau tunang sape2...cuma kenduri kesyukuran je...insyaallah 2 ekor lembu akan ditumbangkan bagi tujuan tersebut..
dan lagi satu gud news nyer ialah...pada tarikh 18/6 ni maka...acara penuh gemilang bagi aku..jeng jeng jeng..aper yer...perkahwinan aku setelah 2 tahun bertunang...majlis tu kat dewan merdeka pwtc...insyaallah aku harap semuanya akan berjalan lancar nti....
tu je la aku nk citer pg ni...nti2 la pulak aku citer yg lain...huhu
sempena hari takde air seluruh kuantan ni..aku mendoakan semoga warga kuantan semuanya bersabar dan boleh menjalani kehidupan masing2 dengan aman dan selamat....sama2 la kita berdoa air tu cepat2 la adernyer...aku pun risau jugak ni sebab ahad ni kenduri...

Wednesday, May 11, 2011
siapalah aku..
siapalah aku untuk aku luahkan semua rasa ini...namun air mata ini takkan pernah berhenti mengalir...takkan jemu mengubati lara hatiku....akhirnya aku luahkan jua ianya disini...
mungkin...pada kamu aku tak berhak berkata begitu dan begini...namun siapalah aku untuk menghalang kamu mengatakan semua itu....
aku tidak punya siapa-siapa di dunia ini..melainkan ibu yang tercinta....adik beradik ramai...tapi semuanya punyai urusan mereka sendiri...ahhhh...adakah aku sedang dalam dilema wanita berusia yang masih bersendiri tanpa suami dan anak-anak disisi????puas aku fikirkan jawapan...namun...aku sedar...semua ini bukan kuasa aku sendiri..tapi kuasa ILAHI...dia yang Maha Mengetahui...
siapalah aku..menumpang teduhan kasih...seorang anak kecil...bukan aku mahu mengambil yang bukan kepunyaanku...aku hanya mahu menumpang suka dan dukanya...salah kah aku??tak berhakkah aku untuk merasai semua itu..sungguhpun dia bukan milikku.....
yang aku tahu..aku terlalu sayangkannya....dan dengan kata-katamu tempohari....aku amat terluka sebenarnya...terasa seolah kebahagian dan kegembiraanku direnggut tanpa ihsan...aku tidak mengharapkan balasan dunia...cukuplah aku boleh mangasihinya tanpa ditentang sesiapa...
namun...sekiranya semua itu salah bagimu....begitupun aku redha....walau airmata ini terus mengalir jua...aku redhakan semuanya....kerna sekembalinya aku sedar...dia bukan milikku sepenuhnya..
dan ketahuilah...tika dan saat ini..aku sedang berjauh hati.....sering kupanjatkan doa pada ILAHI agar aku bisa pergi sejauh mungkin..dan melalui kehidupanku sendiri....tanpa siapa-siapa yang aku sayang berada disisi..biarlah sayang buat mereka itu hanya tersimpan di dalam hati.....sungguh aku terluka....
apakah aku tidak layak...tersenyum dan tertawa....gembira dan bahagia..dengan senyuman dan secebis kasih dari nya yang tak kenal erti sengketa atau apa-apa melainkan kasih dan sayang dan tempat bermanja...
Allah...
andai kebahagian bersama dia bukan milikku..
kau tabahkanlah hatiku menempuh semua ini...
kuatkanlah semangatku untuk melalui hari-hari mendatang...
penuhkanlah hatiku dengan kasih dan sayang...
jauhkanlah dendam dan lara di hatiku ini...
sejauh terbit dan terbenamnya matahari di dunia ini..
Allah....
peliharalah dia..dimana dia berada...
hanya Kau yang Maha Mengetahui..
betapa tulus kasihku padanya yang tak pernah mengerti...
bahagiakanlah dia...sihatkanlah dia....cerdikkanlah dia..
kerana semua kebaikan yang telah Kau ciptakan untuknya..
adalah kebahagiaan dan kegembiraan buatku selamanya...

Subscribe to:
Posts (Atom)