..::beRsaMaKu::..

Thursday, July 7, 2011

Musafir Cinta-01

' Bila la kau nak kawin yer...umur dah meningkat...nak kata tak de kerja..kau berkerjaya..apa lagi yang kau tunggu ni??'
' Ntah la...tunggu putera katak jadi manusia kot..hehe'
' Haaa...bagus lah tu...eh mekkk...zaman sekarang takde putera-putera katak dah...kau tak payah nak berangan jauh-jauh la...berangan tak abis-abis'
' ala mak ni...rileks la mak...bukan orang tak nak kawin pun...kawin tu yang tak nak kat orang..haha'
' budak ni karang...ada nak kena mandi sup panas ni..'

Macam tu la selalunya perbualan Tini dengan makcik Fatimah.  Ada saja alasan yang diberikan.  Bukannya nak menjawab dengan penuh serius.  Baginya, soal cinta terlalu sukar untuk dibicarakan.

Bukan tidak mahu berkeluarga.  Bahkan hatinya sering mengharapkan hadirnya seseorang disisi buat menemani hari tuanya nanti.  Sungguh cemburu melihat teman-teman yang punyai suami dan anak-anak yang semakin membesar dan penuh dengan beribu persoalan dan kenakalan.  Bukan tidak mahu...tetapi sering dirinya mengenangkan kisah cintanya yang beberapa kali gagal.  Itulah yang menyebabkan dia tidak mahu membicarakan perihal cinta dan memiliki keluarga.

(bersambung..)

Tuesday, July 5, 2011

kadang kita menangis...

kadang kita menangis...
menangis sendirian...tanpa ada yang tahu...
hanya kita dan airmata yang mengetahui..
setiap tangisan yang jatuh kepipi...

namun ada jua  tangisan yang terlihat
oleh manusia lain..
sekeliling kita..
lalu tangisan itu dikongsi..
secara tidak tersengaja...

aku dan airmata...
umpama laut dan pantai...
sentiasa bersama...
umpama bulan dan matahari..
sering bertukar ganti...

ada airmata duka...
ada airmata gembira...
aku menangis hiba..
bila merasa diri ini sungguh tidak berguna..
aku menangis dan menangis..
jauh di dalam hati..

walau aku tersenyum dan ketawa...
aku sebenarnya menangis...
semakin banyak aku sedang ketawa dan gembira...
semakin banyak aku sedang menangis jauh di dalam sana...

namun aku bersyukur..
ada yang terkadang mengerti tangisan ini..
sungguh benar...
ALLAH tidak akan membiarkan hambaNYA sendiri..
di datangkan pada kita teman...
buat pengubat jiwa..
di kurniakan kita kalamNYA..
buat peneman setia..

cuma kita kadang terlupa...
oleh kalamNYA yang bermakna...
dan akhirnya...
kita menangis dan terus menangis..
tanpa kita sedar...
kita ada DIA...

Monday, July 4, 2011

setelah sekian lama..

setelah sekian lama..aku tak update blog ni...ada dua jawapan je pada semua ni..(ader ke yg nak tau yer..:P)...pertama is aku sibuk...dan kedua is...aku tak tau mcm mana nak tulis apa yang ada dalam minda dan hati aku sejak beberapa ketika..

sibuk kenapa???
sibuk nk konvo..
Alhamdulillah...konvo jugak aku..
dan Alhamdulillah...aku berjaya menghabiskan pengajian master dalam masa dua tahun...

dan sekarang...
kesihatan tak begitu menggembirakan aku..
sejak lepas cuti....aku jatuh 9 anak tangga kat sekolah...
dan sejak itulah keadaan aku semakin tak berapa sihat
even sejak dulu memang aku terasa sakitnya..
tapi sejak jatuh,..kesakitan itu seolah semakin bertambah dan semakin pelbagai dari hari ke hari..
susah hati aku dibuatnya..

paling terkini ialah satu malam dalam kira2 pukul 2 pagi....
kaki dan tangan aku membengkak....
sakitnya tak boleh berpijak hanya Allah yang tahu...
sejak itu....bila2 aje kaki aku akan membengkak...
dan kasut yang aku pakai akan jadi kecik serta merta...huhuh..

sejak hari itu juga...pinggang dan belakang sebelah kiri aku sakit..
...susah untuk aku luahkan dengan kata-kata ataupun tulisan tentang ni..

doktor klinik swasta dah beri reference letter...rujuk mopd htaa..
tapi aku tak pergi...dah seminggu surat tu aku simpan..

dan malam ni...lagi sekali...
bermula dengan rasa kebas sebelah kiri kaki aku..
diikuti dengan sakit pinggang yang amat serta belakang sebelah kiri..
kemudian....sebelah kiri badan aku ketika dan saat ini adalah lembab..
dan sebelah kanan aku adalah kering....
dan aku baru perasan yang aku telah membuang air kecil dengan begitu kerap hari ini..
walaupun sejak sampai dr Kl tghari tadi tidak banyak air yang aku minum...

dan malam ni...dengan nekad aku buat keputusan untuk ke mopd esok hari...

kadang2..apa yang kita takutkan betul2 berlaku...
dan aku adalah dikalangan mereka yang takut untuk mendengar kebenaran..
tetapi aku ingin sekali mendengar kebenaran itu
dengan harapan kebenaran yang aku dengar adalah kebenaran yang baik..
namun..berapa peratus sangat kebenaran tu akan selamanya baik dan manis..

kata orang...kebenaran itu pahit..
walaupun begitu..pahit akan harus ditelan jua..
dan aku masih berharap..
semoga pahit itu akan manis jua akhirnya...

Wednesday, May 25, 2011

sejak sekian lama..

Assalamualaikum ...

sejak sekian lama aku tak meng'update' belog ini.....hari ni aku gagahkan jugak jari jemari menaip entri...sambil2 tunggu budak exam ni....huhu

sebenarnya bukan aku tak mau update blog aku ni....

jawapan pertama...aku bizi sampai nk jenguk blog pun tak sempat...

jawapan kedua...byk yg aku tak terluah dengan kata-kata....sekadar bermonolog sendiri dari dalam hati...kekeringan idea kot..

haaa....tapi ni aku nak share some gud news :-

ahad ni..29/5 kat umah aku ade kenduri besar-besaran..bukan kenduri kawen sape2 atau tunang sape2...cuma kenduri kesyukuran je...insyaallah 2 ekor lembu akan ditumbangkan bagi tujuan tersebut..

dan lagi satu gud news nyer ialah...pada tarikh 18/6 ni maka...acara penuh gemilang bagi aku..jeng jeng jeng..aper yer...perkahwinan aku setelah 2 tahun bertunang...majlis tu kat dewan merdeka pwtc...insyaallah aku harap semuanya akan berjalan lancar nti....

tu je la aku nk citer pg ni...nti2 la pulak aku citer yg lain...huhu

sempena hari takde air seluruh kuantan ni..aku mendoakan semoga warga kuantan semuanya bersabar dan boleh menjalani kehidupan masing2 dengan aman dan selamat....sama2 la kita berdoa air tu cepat2 la adernyer...aku pun risau jugak ni sebab ahad ni kenduri...

Wednesday, May 11, 2011

siapalah aku..

siapalah aku untuk aku luahkan semua rasa ini...namun air mata ini takkan pernah berhenti mengalir...takkan jemu mengubati lara hatiku....akhirnya aku luahkan jua ianya disini...

mungkin...pada kamu aku tak berhak berkata begitu dan begini...namun siapalah aku untuk menghalang kamu mengatakan semua itu....

aku tidak punya siapa-siapa di dunia ini..melainkan ibu yang tercinta....adik beradik ramai...tapi semuanya punyai urusan mereka sendiri...ahhhh...adakah aku sedang dalam dilema wanita berusia yang masih bersendiri tanpa suami dan anak-anak disisi????puas aku fikirkan jawapan...namun...aku sedar...semua ini bukan kuasa aku sendiri..tapi kuasa ILAHI...dia yang Maha Mengetahui...

siapalah aku..menumpang teduhan kasih...seorang anak kecil...bukan aku mahu mengambil yang bukan kepunyaanku...aku hanya mahu menumpang suka dan dukanya...salah kah aku??tak berhakkah aku untuk merasai semua itu..sungguhpun dia bukan milikku.....

yang aku tahu..aku terlalu sayangkannya....dan dengan kata-katamu tempohari....aku amat terluka sebenarnya...terasa seolah kebahagian dan kegembiraanku direnggut tanpa ihsan...aku tidak mengharapkan balasan dunia...cukuplah aku boleh mangasihinya tanpa ditentang sesiapa...

namun...sekiranya semua itu salah bagimu....begitupun aku redha....walau airmata ini terus mengalir jua...aku redhakan semuanya....kerna sekembalinya aku sedar...dia bukan milikku sepenuhnya..

dan ketahuilah...tika dan saat ini..aku sedang berjauh hati.....sering kupanjatkan doa pada ILAHI agar aku bisa pergi sejauh mungkin..dan melalui kehidupanku sendiri....tanpa siapa-siapa yang aku sayang berada disisi..biarlah sayang buat mereka itu hanya tersimpan di dalam hati.....sungguh aku terluka....

apakah aku tidak layak...tersenyum dan tertawa....gembira dan bahagia..dengan senyuman dan secebis kasih dari nya yang tak kenal erti sengketa atau apa-apa melainkan kasih dan sayang dan tempat bermanja...

Allah...
andai kebahagian bersama dia bukan milikku..
kau tabahkanlah hatiku menempuh semua ini...
kuatkanlah semangatku untuk melalui hari-hari mendatang...
penuhkanlah hatiku dengan kasih dan sayang...
jauhkanlah dendam dan lara di hatiku ini...
sejauh terbit dan terbenamnya matahari di dunia ini..

Allah....
peliharalah dia..dimana dia berada...
hanya Kau yang Maha Mengetahui..
betapa tulus kasihku padanya yang tak pernah mengerti...
bahagiakanlah dia...sihatkanlah dia....cerdikkanlah dia..
kerana semua kebaikan yang telah Kau ciptakan untuknya..
adalah kebahagiaan dan kegembiraan buatku selamanya...

Saturday, April 16, 2011

syair permintaan

Assalamualaikum...

lama betul tak update blog...
byk faktor yang menyumbang kepada ketidakaktifan meng'update' blog...huhu

kali ni just nak share satu syair yang telah dicipta atas permintaan seorang kawan terbaik...syair  tentang ibu untuk pertandingan syair budak2 kelas dia minggu depan..inilah dianya..tidaklah puitis mana...tapi rasanya cukup mudah utntuk difahami oleh murid2 sebaya anak muridnya..insyaallah..

tersebutlah kisah seorang wanita
dipanggil umi,ibu dan mama
jasanya tida pernah terkira
membesarkan kita hingga dewasa

sabarnya ibu..menjaga kita..
mengasuh kita sepenuh rela..
siang dan malam sanggup berjaga
demi anaknya yang amat dicinta

tabahnya ibu..mendidik kita
mengajar kita alif ba dan ta..
biar dirinya tidak terjaga
demi kejayaan anak tercinta

sampai masanya..kita berjaya
ibu gembira tiada terkata..
dengan kejayaan anak tercinta
hilanglah segala duka sengsara..

namun anak..semakin dewasa
ibu ditinggal disayang  tiada...
sunyinya ibu..tidak terkira
menanti anaknya tak kunjung tiba..

apakah kita..sudah terlupa..
jasa ibu kepada kita..
dialah ibu seorang sahaja
yang kita punya...tiada gantinya..

sayanglah ibu selagi ada..
kasihlah ibu selama-lama
berbuat baiklah kepadanya..
itulah ia kunci kesyurga..

wahai rakan-rakan semua
marilah kita bersama berdoa
semoga Allah merahmatinya...
jauhkan dia dari bencana
tempatkan dia didalam syurga

Thursday, April 7, 2011

dalam hati ada....

Assalamualaikum...

Selamat pagi....walaupun lagi 4 minit nk tengahari tp still valid lagi kan ucapan tu..hehe...

dah lama tak meluahkan rasa cetusan hati..fikiran di minda......hari ni nak cerita tentang dalam hati ada ...ada ape yer...selalunya yang paling glamer org akan sebut "dalam hati ada taman"...bila dah sebut dalam hati ada taman tu menas seseorang tu sedang berbahagia dan selalunya berbahagia dengan orang yang tersayang lah kan..majoritinya begitu..

tapi ada jugak yang dalam hati ada taman ni bukan gembira dgn org yang tersayang semata-mata...ada jugak yang gembira dengan pencapaian dan lain-lain lagi la jenis kegembiraan yang ada dalam dunia ni...

aku pun hari ni dalam hati ada taman...even hari-hari ada taman dalam hati aku ni...opsssssss...bukan la aku nak bgtau kat sini yang aku dah ada seseorang di dalam hati...TAKKK...bukan...aku masih lagi sendiri...dan oleh sebab itulah hari-hari aku ada taman dalam hati...sebab aku enjoy apa yang aku buat seharian...

tapi....sejak dua minggu ni dalam hati aku ni bukan setakat ada taman..tapi dah ada macam-macam.."DALAM HATI ADA MACAM-MACAM"......ahhhhh sudahhhh...ape pulak kali ni kan...hehe..

dalam hati ada kilat...eh..boleh ke yer...boleh la kot...sebab aku skang ni...tgh berdebar macam-macam hal..12/4 ni appointment aku yang pertama untuk tahu result sample bengkak dalam rahim yang diambil awal bulan Januari hari tu....berdebar Tuhan je yang tahu....aku harap semuanya berjalan lancar...dan takde ape-ape yang bahaya kat dalam rahim aku...sesungguhnya aku pasrah dengan ujian Allah yang satu ini...

yang paling dekat ialah...aku dalam mode berdebar sebab esok 8/4 aku akan ke OUM dan menghantar tesis master aku..risau takut-takut tersalah format binding...harap-harapnye tak la kan....sekian lama aku tak memandu sekian jauh bersendirian sejak habis blaja hari tu...hari ni aku akan melakukannya semula sejak selepas operation awal tahun hari tu...semoga perjalanan aku selamat ptg ni...

dalam hati ada semak....hmmm..ni pun satu jugak ni.....mana tak semak kan..banyak kerja yang kena buat...tapi semak tu boleh aku tebas satu-satu....salah satunya,..kerja utk majlis tilawah al_quran peringkat daerah...biarpun aku bertugas sebagai pengurus peserta...namun ianya bukanlah satu tugas yang mudah...semuanya mesti berjalan dengan lancar dan selari ..kalau silap sikit aje boleh mencacatkan seluruh majlis penutupan...ni kali pertama aku kena handle bahagian ni....yang bestnye...label untuk kedudukan peserta aku dah siapkan..tinggal sorang lagi member kena print ou jek nanti..aku tak lah tunggu sampai petang..sebab aku dah nak ke kl...hehe

ape pun yang ada dalam hati....tak kira hati siapa...hati aku atau semua orang..aku harap..dan aku doakan agar aku masih mampu menjadi neutral....cuba untuk neutral...dan hadapi semua yang ada dalam hati tu baik taman ke..kilat ke..semak ke..ape ke ....hadapi dengan tenang dan sabar serta tabah....semua tu kita akan lalui jugak tak kira apa jenis taman yang ada dalam hati....sebab kalau kita lalui semuanya dengan neutral..sabar...serta tabah..insyaallah semuanya akan berlalu dengan mudah...hasilnya...semua orang akan gembira dan bahagia..baik diri kita sendiri..ahli keluarga..kawan-kawan..dan juga seisi dunia pasti akan gembira dengan kita..insyaalah....