..::beRsaMaKu::..

Thursday, May 31, 2012

Wahai Allah...

Wahai Allah Yang Maha Mengerti..
hanya padaMU aku serahkan hidup ini..
hanya padaMU aku serahkan segalanya tentang aku..
kerana hanya Engkau Yang Maha Mengerti...

Wahai Allah...
aku bermohon kepadaMU...
ampunkanlah setiap dosa-dosa laluku..
ampunkanlah aku ya Allah..
kerana Engkau Maha Penerima Taubat...

Wahai Allah...
aku mohon lagi padaMU...
walau kutahu diri ini bukanlah selayaknya..
ampunkanlah dosa-dosa semuanya..
setiap orang yang aku sayang di dunia ini..

wahai Allah...
berikanlah kami hidayahMU..
janganlah kau balikkan hati-hati kami..
pada kejahatan dan kesilapan masa lalu..

Wahai Allah...
tetapkanlah iman di dalam hati kami..
jadikanlah hati-hati kami ini..
sentiasa benci pada kejahatan lalu...

Wahai Allah...
satukanlah hati-hati kami..
dengan kasih dan sayangMU..
dekatkanlah hati-hati kami..
sentiasa denganMU...