..::beRsaMaKu::..

Tuesday, September 20, 2011

cinta aku ep.1

Assalamualaikum...

Cinta itu mendatangi aku dengan tiba-tiba..tanpa aku duga..ia hadir sekelip mata...tanpa aku pinta...tanpa aku sedar...saat aku berperang dengan perasaan menyambung pengajian dan bertukar kerjaya....aaahhhhhhh..sungguh saat mulanya aku pening kepala....

namun....akhirnya aku redha...aku sedar semua ini adalah perancangan Yang Maha Esa...Alhamdulillah..semua bergembira dengan keputusan yang aku ambil dan calon yang menjelmakan diri depan mata...Alhamdulillah Ya Allah...

aku dan dia diperkenalkan melalu sms dua minggu sebelum aku bertukar tempat kerja...dan sebulan setengah selepas itu kami terputus hubungan..puncanya???dia kemalangan (tetapi tiada apa-apa kecederaan padanya) dan handsetnya telah hancur...aku??tahu akan kemalangan itu...dan ditawarkan untuk menghubunginya..tapi jawabku hanya satu.."aaaaa..malas la....kalau dia betul2 nak kat aku nanti..pandaila dia cari semula.."

begitulah seterusnya....aku hanya meneruskan rutin harianku seperti biasa....

sehinggalah pada satu petang sebelum hari raya...ku terima sms ucapan selamat hari raya tanpa nama...aku??membalasnya hanya sebaris kata...tiada langsung ucapan maaf dariku untuknya..sebab aku sendiri tidak tahu ianya dari siapa...(kejam jugak aku ni rupanya...)

hinggalah pada petang raya pertama aku dikejutkan dari tidur oleh panggilan telefon daripada kakak yang memperkenalkan aku dan dia..kakak itu ingin berhari raya di rumah aku dengan suaminya...tiba2!!!!dan aku rasa ada sesuatu yangpelik disitu....tapi jawabku hanya satu..."saya keluar malam ni kak...nak beli barang..esok nak balik kampung meminang untuk adik lelaki saya..apa-apa saya jadi keluar ke tak saya beritahu semula.."

memang sampai sudah aku tak cakap apa-apa...

esoknya...dalam perjalanan ke kelantan..aku belek2 sms dalam telefon....tiba2 terpanggil untuk bertanya siapakah empunya diri yang menghantar smsm tanpa nama padaku tempohari...

dan aku????sungguh terkejut kerana org itu adalah dia..alahaiiii....sabar je lah masa tu...sms berbalas sms...tapi tiada satu pun yang berbaur "ayat-ayat cinta"!!!....sepanjang di kelantan...kami berbalas sms...tak banyak..sekali sms..adala 4 ke 5 kali...dan lepas tu..diam je la...

hinggalah hari perjalanan balik ke kuantan...aku masih sms lagi dengan dia...sampai malam..(mujurnya bukan aku yang memandu...syok la ber'sms' kan...)...masih lagi tiada tanda2 dia mengurat..ahaksss....tapi?????
aku tak sangka....perasaan yang datang sepantas kilat di dalam hati aku..."aku suka pada dia"....entah kenapa..entah bagaimana..aku sendiri tak pasti....perasaan tu hanya datang sekali masa tu dan ianya betul2 menusuk jantung aku.....

masih lagi aku berlagak selamba walau dalam hati meronta-ronta nak tahu apa perasaan dia juga...ehehe...

esoknya...hutan lipur sungai lembing aku jelajah dengan 4x4 bersama emak,adik,abang,dan sepupu2...buat apa??memamcinng dan mandi sungai!!!sungguh seronok berada di dalam hutan tanpa gangguan telefon hari tu.....

dia???perasaan aku???entah.....aku dah tak fikir apa masa tu.................................

(sambungan di episod akan datang....)