..::beRsaMaKu::..

Wednesday, May 25, 2011

sejak sekian lama..

Assalamualaikum ...

sejak sekian lama aku tak meng'update' belog ini.....hari ni aku gagahkan jugak jari jemari menaip entri...sambil2 tunggu budak exam ni....huhu

sebenarnya bukan aku tak mau update blog aku ni....

jawapan pertama...aku bizi sampai nk jenguk blog pun tak sempat...

jawapan kedua...byk yg aku tak terluah dengan kata-kata....sekadar bermonolog sendiri dari dalam hati...kekeringan idea kot..

haaa....tapi ni aku nak share some gud news :-

ahad ni..29/5 kat umah aku ade kenduri besar-besaran..bukan kenduri kawen sape2 atau tunang sape2...cuma kenduri kesyukuran je...insyaallah 2 ekor lembu akan ditumbangkan bagi tujuan tersebut..

dan lagi satu gud news nyer ialah...pada tarikh 18/6 ni maka...acara penuh gemilang bagi aku..jeng jeng jeng..aper yer...perkahwinan aku setelah 2 tahun bertunang...majlis tu kat dewan merdeka pwtc...insyaallah aku harap semuanya akan berjalan lancar nti....

tu je la aku nk citer pg ni...nti2 la pulak aku citer yg lain...huhu

sempena hari takde air seluruh kuantan ni..aku mendoakan semoga warga kuantan semuanya bersabar dan boleh menjalani kehidupan masing2 dengan aman dan selamat....sama2 la kita berdoa air tu cepat2 la adernyer...aku pun risau jugak ni sebab ahad ni kenduri...

Wednesday, May 11, 2011

siapalah aku..

siapalah aku untuk aku luahkan semua rasa ini...namun air mata ini takkan pernah berhenti mengalir...takkan jemu mengubati lara hatiku....akhirnya aku luahkan jua ianya disini...

mungkin...pada kamu aku tak berhak berkata begitu dan begini...namun siapalah aku untuk menghalang kamu mengatakan semua itu....

aku tidak punya siapa-siapa di dunia ini..melainkan ibu yang tercinta....adik beradik ramai...tapi semuanya punyai urusan mereka sendiri...ahhhh...adakah aku sedang dalam dilema wanita berusia yang masih bersendiri tanpa suami dan anak-anak disisi????puas aku fikirkan jawapan...namun...aku sedar...semua ini bukan kuasa aku sendiri..tapi kuasa ILAHI...dia yang Maha Mengetahui...

siapalah aku..menumpang teduhan kasih...seorang anak kecil...bukan aku mahu mengambil yang bukan kepunyaanku...aku hanya mahu menumpang suka dan dukanya...salah kah aku??tak berhakkah aku untuk merasai semua itu..sungguhpun dia bukan milikku.....

yang aku tahu..aku terlalu sayangkannya....dan dengan kata-katamu tempohari....aku amat terluka sebenarnya...terasa seolah kebahagian dan kegembiraanku direnggut tanpa ihsan...aku tidak mengharapkan balasan dunia...cukuplah aku boleh mangasihinya tanpa ditentang sesiapa...

namun...sekiranya semua itu salah bagimu....begitupun aku redha....walau airmata ini terus mengalir jua...aku redhakan semuanya....kerna sekembalinya aku sedar...dia bukan milikku sepenuhnya..

dan ketahuilah...tika dan saat ini..aku sedang berjauh hati.....sering kupanjatkan doa pada ILAHI agar aku bisa pergi sejauh mungkin..dan melalui kehidupanku sendiri....tanpa siapa-siapa yang aku sayang berada disisi..biarlah sayang buat mereka itu hanya tersimpan di dalam hati.....sungguh aku terluka....

apakah aku tidak layak...tersenyum dan tertawa....gembira dan bahagia..dengan senyuman dan secebis kasih dari nya yang tak kenal erti sengketa atau apa-apa melainkan kasih dan sayang dan tempat bermanja...

Allah...
andai kebahagian bersama dia bukan milikku..
kau tabahkanlah hatiku menempuh semua ini...
kuatkanlah semangatku untuk melalui hari-hari mendatang...
penuhkanlah hatiku dengan kasih dan sayang...
jauhkanlah dendam dan lara di hatiku ini...
sejauh terbit dan terbenamnya matahari di dunia ini..

Allah....
peliharalah dia..dimana dia berada...
hanya Kau yang Maha Mengetahui..
betapa tulus kasihku padanya yang tak pernah mengerti...
bahagiakanlah dia...sihatkanlah dia....cerdikkanlah dia..
kerana semua kebaikan yang telah Kau ciptakan untuknya..
adalah kebahagiaan dan kegembiraan buatku selamanya...